[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
SPORTS

Lijnders dipecat sebelum Kloop mulakan tugas

Astro Arena 17/12/2024 | 01:15 MYT
Lijnders yang pernah bertugas di bawah Brendan Rodgers dan Jurgen Klopp sepanjang sembilan tahun di Liverpool mengambil alih tugas di Salzburg sejak Mei lalu.
BEKAS pembantu jurulatih Liverpool, Pep Lijnders, dipecat sebagai ketua jurulatih Red Bull (RB) Salzburg.
Lijnders yang pernah bertugas di bawah Brendan Rodgers dan Jurgen Klopp sepanjang sembilan tahun di Liverpool mengambil alih tugas di Salzburg sejak Mei lalu.
Bagaimanapun, tempoh keduanya sebagai pengurus - selepas berkhidmat sebentar untuk NEC di Belanda pada 2018 - terbukti mengecewakan dengan Salzburg kini berada di tangga kelima dalam Bundesliga Austria.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka memasuki cuti musim sejuk dengan menewaskan Austria Klagenfurt 3-0, hujung minggu lalu tetapi itu hanyalah kemenangan kedua mereka dalam lapan perlawanan terakhir.
Mungkin mengejutkan, keputusan itu dibuat hanya beberapa minggu sebelum bekas bos Lijnders, Klopp, mengambil alih sebagai ketua bola sepak global Red Bull - kedudukan yang akan memberikannya kuasa terhadap strategi Salzburg. - Stadium Astro
#Pep Lijnders #Red Bull Salzburg #jurgen klopp #Lijnders dipecat