[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SPORTS

Lin Dan ada sebab sanggup berulang-alik ke Sepanyol

Astro Arena 21/04/2025 | 01:30 MYT
Lin Dan mendirikan rumah tangga dengan Xie Xinpang pada 2010 dan dikurniakan seorang anak, Xiao Wu. - Foto Astro ARENA
LEGENDA badminton China, Lin Dan, sanggup berulang-alik dari China-Sepanyol sejak enam bulan lalu demi memastikan perkembangan terbaiknya anak lelakinya dalam tenis.
Namun, Lin Dan menafikan bahawa dia merancang untuk berhijrah dan menukar kewarganegaraannya.
Sebaliknya, Super Dan yang bersara pada 2020 menegaskan dia masih memberi tumpuan beberapa perniagaannya selain komitmennya terhadap Kelab Badminton Lin Dan dengan lima cawangan sahaja bertempat di Shenzhen.
Lin Dan mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain senegara, Xie Xinpang, pada 2010 dan dikurniakan seorang anak yang dinamakan Xiao Wu.
#Lin Dan #ulang-alik China-Sepanyol #China #badminton