Lin Dan rangkul kejuaran Terbuka Malaysia yang kedua

Ian Johan Ariff
April 7, 2019 08:34 MYT
Datuk Lee Chong Wei (tengah) diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada Lin Dan (kanan) dan Chen Long. - Foto Facebook/leechongweiofficial
Lin Dan menamatkan kemarau gelaran selepas 18 kejohanan, apabila menjuarai Terbuka Malaysia pada Ahad di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Pemenang dua pingat emas Olimpik itu terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan rakan senegaranya dari China, Chen Long 9-21, 21-17, 21-11.
Ia merupakan gelaran Terbuka Malaysia yang kedua buat Lin Dan, yang membawa pulang hadiah wang tunai AS$49,000 (RM200,414.90)
Rakan baik Lin Dan, Datuk Lee Chong Wei, yang juga merupakan seteru utamanya dalam badminton, diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Kali terakhir Lin Dan memenangi Terbuka Malaysia adalah pada 2017, dengan menewaskan Chong Wei 21-19, 21-14 di perlawanan akhir.
#Axiata Arena #badminton #Bukit Jalil #Chen Long #Lee Chong Wei #Lin Dan #Terbuka Malaysia