NEWCASTLE Jets sah mengikat Liridon Krasniqi dan Syahrian Abimanyu untuk baki musim 2020/21 di Australia.
Dua pemain itu menyertai Jets secara pinjaman daripada kelab Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, dan akan didaftarkan sebaik jendela perpindahan Liga-A dibuka pada 16 Februari depan.
"Karakternya memenuhi kriteria kami," kata pengurus Jets, Joel Griffiths.
"Dia mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, memiliki fizikal dan ingin belajar tentang budaya di sini.
"Dia begitu komited untuk meluaskan permainan (kariernya)."
Pemain dari Kosovo berusia 29 tahun itu pernah berkelana ke Republik Czech bersama FK Mlada Boleslav pada 2010 sebelum ke kelab Turki, Fethiyespor, apabila tampil dalam 37 perlawanan.
Liridon mula mewarnai Liga Malaysia sejak 2015 dan selain mewakili JDT II, dia pernah memperkuatkan Kedah dan Melaka United.
Lantas, melayakkannya bergelar pemain naturalisasi kedua kebangsaan pada Jun tahun lalu selepas Mohamadou Sumareh.
Sementara itu, Syahrian Abimanyu yang merupakan prospek masa depan Indonesia pula dipancing Harimau Selatan pada Disember lalu.
Bekas pemain akademi Levante berumur 21 tahun itu dianggap sebagai projek jangka panjang buat JDT.
Kehadiran mereka sudah pasti amat ditagih bagi menyelamatkan mereka untuk keluar dari tangga tercorot saingan 12 pasukan itu -- selepas enam perlawanan setakat ini -- di samping pemain tengah import, Ali Abbas (Iraq) dan penyerang kelahiran Republik Ireland, Roy O'Donovan.
Astro Arena
Fri Feb 05 2021
Liridon mula mewarnai Liga Malaysia sejak 2015 dan selain mewakili JDT II, dia pernah memperkuatkan Kedah dan Melaka United. - Foto Astro ARENA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Liridon bakal bantu Newcastle Jets keluar zon bahaya
Dua pemain itu menyertai Jets secara pinjaman daripada kelab Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) II, dan akan didaftarkan sebaik jendela perpindahan Liga-A dibuka pada 16 Februari depan.
Sydney Wanderers tumpaskan Newcastle Jets
Western Sydney Wanderers menewaskan Newcastle Jets 2-1 sekaligus menerajui kedudukan kedua liga.
Sydney FC tewas 2-1 kepada Newcastle Jets
Jaringan bekas pemain England Emile Heskey berjaya membantu Newcastle Jets meraih tiga mata penuh menewaskan Sydney FC 2-1 dalam Liga-A.