SUKAN
Litar drag dirancang dibina di Sepang tahun depan
Adam berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan dengan peruntukan RM2 juta menggunakan dana dalaman Litar Antarabangsa Sepang (SIC). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebuah litar drag dirancang dibina di Sepang pada tahun depan sebagai usaha memperkukuh pembangunan sukan permotoran negara, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan peruntukan RM2 juta menggunakan dana dalaman Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"Jika berjaya, ia boleh dilaksanakan di tempat lain," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang mahu kementerian mempertimbangkan pembinaan litar untuk pembangunan sukan permotoran di peringkat akar umbi pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan asal Ismail Sabri mengenai pendirian kementerian terhadap cadangan kerajaan terdahulu berhubung pembinaan litar drag sekurang-kurangnya sebuah di setiap negeri, selari dengan sokongan diberikan kerajaan hari ini terhadap penganjuran Himpunan RXZ Members, Adam Adli berkata perkara itu perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan.
Beliau berkata kos pembinaan sebuah litar drag seperti yang dicadangkan itu dianggarkan berjumlah antara RM6 juta hingga RM8 juta, merangkumi jalur perlumbaan sepanjang 201 atau 402 meter.
Adam Adli berkata spesifikasi itu ditetapkan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) bagi memastikan aspek keselamatan sukan permotoran dipatuhi memandangkan perlumbaan drag melibatkan pecutan tinggi dari titik permulaan hingga penamat.
"Selain pembinaan litar utama, kementerian turut menekankan keperluan kemudahan sokongan seperti pusat kawalan, bilik pemeriksaan teknikal, pusat kecergasan dan fasiliti keselamatan lain.
"Jadi kos bagi kemudahan tambahan ini dianggarkan antara RM9 juta hingga RM11 juta, menjadikan jumlah keseluruhan bagi pembinaan sebuah litar yang lengkap antara RM15 juta hingga RM20 juta. Justeru, kementerian berpandangan perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam sebelum dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA