SUKAN

Liverpool benam Leicester City 3-0

Astro Awani 22/11/2020 | 22:22 MYT
Roberto Firmino meledak jaringan buat The Reds menerusi tandukan pada minit ke-86. -AP
Liverpool berjaya merapatkan kedudukan dengan pendahulu liga Tottenham Hotspur.

Ini selepas kelab itu mencatat kemenangan 3-0 di laman sendiri menentang Leicester City.

The Reds kini berada di belakang Spurs dengan perbezaan jaringan.

Kelab itu turut mencatat rekod tanpa kalah di laman sendiri untuk kali ke-64.

Anak buah Jurgen Klopp mendahului menerusi gol sendiri Leicester pada minit ke-21.

Ia kemudian diikuti gol kedua pada minit ke-41.

Roberto Firmino meledak satu lagi jaringan buat The Reds menerusi tandukan pada minit ke-86.

#Liverpool #jurgen klopp #Tottenham Hotspur #Leicester City #Roberto Firmino #Spurs #The Reds