SPORTS

Liverpool cipta rekod 15 perlawanan tanpa kalah selepas tewaskan Chelsea 2-1

Astro Awani 22/09/2019 | 20:57 MYT
Liverpool catat kemenangan kali ke-15 berturut-turut apabila menewaskan Chelsea 2-1. -
LIVERPOOL catat kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris buat kali ke-15 berturut-turut apabila menewaskan Chelsea 2-1.

Kemenangan itu juga bermakna The Reds berjaya mengekalkan rekod cemerlang pada permulaan musim.

Beraksi di Stamford Bridge, Liverpool lebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-14 menerusi Trent Alexander-Arnold.

The Reds kemudian berjaya menjarakkan kedudukan dengan satu lagi gol pada minit ke-30.

Memasuki babak kedua, tuan rumah berjaya meledak satu gol untuk merapatkan kedudukan.

Pemain The Reds bagaimanapun berjaya mempertahankan gawang daripada diceroboh sehingga ke minit akhir.

#Chelsea #kemenangan berturut-turut #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #The Reds #Trent Alexander-Arnold