SUKAN
Liverpool di ambang kejuaraan EPL
Pemain Liverpool Cody Gakpo meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan EPL antara Liverpool dan West Ham United di Anfield, Liverpool, Britain, 13 Apr 2025. REUTERS
HARAPAN Liverpool untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin menyala apabila mencatat kemenangan penting 2-1 ke atas West Ham United dalam aksi di Anfield pada Ahad malam.
Skuad kendalian Arne Slot bangkit mempersembahkan aksi bersemangat selepas kekalahan mengejut 2-3 kepada Fulham di Craven Cottage minggu lalu, sekali gus mengekalkan kedudukan teratas liga.
Kemenangan ini turut memberi kelebihan besar buat The Reds selepas pencabar terdekat, Arsenal sekadar seri 1-1 dengan Brentford dalam aksi di Stadium Emirates.
Liverpool memulakan perlawanan dengan penuh keyakinan dan tidak menunggu lama untuk mencetak gol apabila Luis Diaz meledak jaringan pembukaan pada minit ke-18, hasil lorongan bijak Mohamed Salah yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan, Alphonse Areola.
Namun, kealpaan di penghujung babak kedua hampir memusnahkan impian tuan rumah apabila Andrew Robertson tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-86, memberikan gol penyamaan buat West Ham.
Tersentak, Liverpool segera menggandakan asakan dan akhirnya Virgil van Dijk muncul wira apabila menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru pada minit ke-89 untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik pasukan Merseyside itu.
Kemenangan tersebut membolehkan Liverpool terus unggul di puncak carta EPL dengan 76 mata selepas 32 perlawanan, manakala Arsenal yang mengutip satu mata kini berada di tangga kedua dengan 63 mata. - Sinar Harian