PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, menjelaskan keputusan mengejutkannya mengeluarkan Mohamed Salah tatkala juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedang memburu gol penyamaan sebelum tewas 0-1 kepada Chelsea adalah kerana enggan mengambil risiko kecederaan.
Liverpool berusaha memburu gol penyamaan selepas Mason Mount menggegar gawang dalam separuh masa pertama, namun tindakan Klopp menggantikan taruhan terbaik di bahagian serangan itu sebagai sebahagian daripada pertukaran berganda yang melibatkan Diogo Jota dan Alex Oxlade-Chamberlain, awal pagi tadi.
Penggempur dari Mesir itu memberi reaksi tidak senang ketika menuju ke bangku simpanan di Anfield, sejurus itu ejennya mengundang spekulasi menerusi ciapan di Twitter dengan tanda noktah sahaja.
Namun, ketika bercakap dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Klopp tidak mahu memperbesarkan situasi itu dengan menegaskan Salah dikeluarkan semata-mata demi memastikannya tidak mengalami kelesuan.
"Pemain saya kelihatan kecewa, itu bukan satu masalah. Saya tidak melihat apa yang Mo lakukan," katanya kepada wartawan.
"Sebab penggantiannya, saya mungkin boleh menukarkannya dengan pemain lain tetapi alasan di sebalik tindakan ini ialah kami mendapati dia mula terkesan dengan keamatan permainan ini jadi saya tidak mahu mengambil risiko, itu saja.
"Ia sangat jarang berlaku, saya sudah lama mengenalinya dan biasanya Mo kelihatan sangat segar hingga ke hujung perlawanan.
"Tetapi tidak hari ini dan saya fikir itu sebagai satu petanda; dalam situasi kami, saya tidak mahu mengambil risiko."
BACA: Chelsea tewaskan Liverpool di Anfield, rekod terburuk The Reds
Selepas tiga tahun setengah tidak tewas dalam saingan liga di Anfield, tuan rumah melalui detik buruk apabila buat kali pertamanya merekodkan lima kekalahan berturut-turut.
Liverpool kini di tangga ketujuh EPL, empat mata dijurangkan dengan empat pasukan teratas dan 22 mata di belakang pendahulu, Manchester City.
Ketika ditanya apakah dia telah bercakap dengan pemainnya tentang apa yang perlu dilakukan bagi meredakan kebimbangan yang dihadapi ketika ini, Klopp menjawab: "Bukan malam ini. Saya berusaha untuk bersikap sejujur yang mungkin. Saya memang ada memberitahu barisan pemain apa yang saya lihat malam ini."
Terdorong dengan apa yang dimaksudkan dengan kejujuran, pengurus The Reds itu menambahkan: "Bukannya kami mahu mencari sebarang alasan pada saat ini.
"Selalunya perlawanan seperti ini diputuskan dalam beberapa detik. Dan untuk bangkit, anda harus berjuang malah anda juga harus berjuang pada tahap yang berbeza dalam detik tertentu.
"Itulah yang saya katakan kepada pemain-pemain. Pada saat-saat ini, ia bukan mengenai soal taktik, ia mengenai naluri dan seumpamanya.
"Saya tidak mengatakan bahawa pemain tidak mencurahkannya sepenuh hati, saya tahu bahawa mereka telah cuba melakukan yang terbaik tetapi ini soal beberapa peratusan kecil elemen yang boleh menjadi penentu.
"Kami tidak mahu mula menunding jari, ia tidak akan berlaku.
"Kami mempunyai sebuah pasukan mantap, pasukan yang sangat bagus di atas padang pada malam ini dan kami kerap mempamerkan aksi menarik.
"Tetapi kami tidak melakukannya pada detik terbaik dan hanya ada seorang atau kumpulan yang boleh mengkritiknya: iaitu saya dan kami. Itulah yang saya katakan kepada pemain-pemain."
Astro Arena
Fri Mar 05 2021
Klopp tidak mahu memperbesarkan situasi itu dengan menegaskan Salah dikeluarkan semata-mata demi memastikannya tidak mengalami kelesuan. - Foto Stadium Astro
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp
Pasukan juara bertahan itu kini hanya dibezakan dua mata dengan kelompok empat teratas hasil kemenangan di Stadium Emirates.
Liverpool masih berpeluang rebut kejuaraan - Guardiola
City berkelebihan tujuh mata di puncak liga, 13 ke atas Liverpool, dengan kurang satu perlawanan selepas menang 3-0 ke atas Tottenham.
Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat
"Saya akan berehat selama setahun dan bertanya kepada diri sendiri adakah saya akan merindui bola sepak."
Keputusan sukar yang dibuat Liverpool terima kritikan
Bagi pengkritik, keputusan meletakkan kakitangan bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan UK itu adalah satu tindakan yang memalukan.
#AWANIFinalUCL: Firmino sedia untuk diturunkan
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Roberto Firmino sudah pulih dan cergas sepenuhnya untuk beraksi di final.
Liverpool nikmati tekanan- Klopp
Liverpool menguasai puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kempen musim ini hanya berbaki empat perlawanan.
Saya tidak gementar - Klopp
Skuad bimbingan Klopp berkunjung ke West Ham esok, sehari selepas Manchester City bertemu Arsenal.
Tiada sebarang cela dalam jentera tengah Liverpool, kata Klopp
Kapten Liverpool, Henderson, akan terlepas aksi di Anfield itu selepas dibuang padang ketika kemenangan ke atas Watford, Ahad lalu.
Klopp akui sukar atasi pergerakan Hazard
Hazard mempamerkan permulaan musim yang cemerlang, menjaringkan lima gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam enam aksi EPL.
Salah yakin Liverpool mampu juarai UCL
Salah mengambil positif dalam setiap peluang Liverpool untuk meraih kejayaan pada Mei nanti.