Liverpool: Macam Adrien Rabiot tapi bukan

Ian Johan Ariff
April 1, 2019 07:28 MYT
Gambar yang tular di media sosial, lelaki mirip Adrien Rabiot (topi biru) di Stadium Anfield pada Ahad.
TRENDING di media sosial, pemain tengah Paris St-Germain (PSG), Adrien Rabiot berada di Anfield semasa Liverpool menentang Tottenham Hotspur pada Ahad.
Gambar seorang lelaki mirip Rabiot di tempat duduk penonton di Anfield trending sehingga tuan punya badan terpaksa memberi penjelasan.
Menerusi akaun Twitter miliknya, Connor Deane menjelaskan dia merupakan lelaki yang memakai topi PSG dalam gambar yang tular di media sosial tersebut.
Di akaun Instagramnya, Deane turut dilihat kerap memakai topi PSG itu.
Tindakan Deane itu turut mencuri perhatian Rabiot sendiri, yang turut memberi respon terhadap gambar yang dikongsinya di Instagram.
Lawak jenaka yang dibuat Deane sudah pasti kerana Rabiot dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dan juga Spurs.
Penyokong Liverpool dan Spurs yang menjangkakan Rabiot bakal berhijrah ke pasukan masing-masing sudah pasti kecewa dengan perkembangan ini.
#Adrien Rabiot #Anfield #Connor Deane #Instagram #Liverpool #Liverpool Tottenham #Paris St-Germain #PSG #Twitter