Saingan Liga Perdana Inggeris malam tadi menyaksikan Liverpool meneruskan penguasaan puncak liga selepas menewaskan saingan terdekat, Manchester City, 3-2.

Perlawanan yang berlangsung di Anfield, gelanggang pasukan “The Reds”, menyaksikan Liverpool dua mata di depan Chelsea, yang turut mencatatkan kemenangan 1-0 keatas Swansea malam tadi.

Manakala Manchester City tujuh mata di belakang.

Dengan 4 lagi baki perlawanan, Liverpool dalam kedudukan terbaik untuk merangkul gelaran juara liga yang kali terakhir dimenanginya pada 1990.

Dalam aksi menarik malam tadi, Philippe Coutinho muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan, 12 minit dari wisel penamat.

Sebelum itu Raheem Sterling dan Martin Skrtel meletakkan tuan rumah selesa di depan dengan dua jaringan di separuh masa pertama.

City bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan di separuh masa kedua menerusi jaringan David Silva dan gol sendiri Glen Johnson.

Namun gol minit ke 78 oleh Coutinho memastikan kemenangan The Reds.

Liverpool cemas seketika apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain di minit-minit kecederaan selepas Jordan Henderson dilayangkan kad merah kerana mengasari Samir Nasri.

Liverpool kini mengumpul 77 mata, Chelsea 75 mata dan City 70 mata.