Liverpool tetap juara walaupun terpaksa sabar menunggu - Dr Zulkifli

Ian Johan Ariff
April 8, 2020 12:10 MYT
Gambar Dr Zulkifli di bilik persalinan pemain utama di Anfield, stadium milik kelab Liverpool yang disunting oleh oleh penyokong pasukan itu, Albert Rahim. Gambar Twitter @Albertrahiim
PRESIDEN UEFA menyokong, pencabar liga turut senada bahawa Liverpool adalah juara, hanya menunggu masa untuk ditabalkan sahaja.
Begitu juga tweet dari penyokong Liverpool paling popular di negara ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dalam entri terbaharu Dr Zulkifli di Twitter, seorang wartawan meminta beliau menandatangan jersi Liverpool semasa membuat liputan memberi bantuan di sebuah perkampungan masyarakat Orang Asli.

Selesai menyampaikan bantuan kepada masyarakat Orang Asli, datang seorang wartawan menghulurkan jersi Liverpool beliau dan meminta saya menurunkan tandatangan. Kawan-kawan, Liverpool tetap juara walaupun terpaksa sabar menunggu. pic.twitter.com/Tnb02G4Pe2

— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) April 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kenyataan dalam Twitter tersebut sudah pasti menggembirakan penyokong Liverpool di negara ini, termasuklah Ketua Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron.
Dalam ciapan tersebut, Dr Zulkifli menyatakan bahawa Liverpool akan tetap menjadi juara, walaupun terpaksa sabar menunggu.
Liverpool yang mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL) 25 mata di hadapan pencabar terdekat, Manchester City, terpaksa menunggu sehingga liga disambung semula selepas ia ditangguhkan akibat krisis Covid-19 di UK.
Baca: Premier League setuju lanjutkan Liga Perdana Inggeris
Sehingga kini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk EPL disambung semula, di mana Liverpool hanya perlu menang dua daripada sembilan baki perlawanan untuk bergelar juara buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun.
Sebelum ini, seorang penyokong Liverpool telah menyunting gambar Dr Zulkifli dengan meletakkan imej beliau pada gambar bilik persalinan pemain utama di Anfield, stadium milik kelab Liverpool itu.

Terima kasih atas kreativiti. Saya tak payah pergi sana dah. https://t.co/WV8lsljIvp

— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) March 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Zulkifli yang berterima kasih atas suntingan gambar itu turut berseloroh bahawa beliau tidak perlu ke Anfield lagi kerana kewujudan gambar tersebut.
Musim ini, Liverpool berjaya merangkul kejuaraan Liga Super UEFA dan Kejohanan Kelab Dunia FIFA.
#Anfield #Datuk Seri Dr Zulkifli #EPL #Liga Perdana Inggeris #Liverpool