[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
SPORTS

Lontar peluru: Jonah Chang Rohan pecah rekod kebangsaan

Astro Arena 24/10/2023 | 09:39 MYT
Catatan 17.67m, memadam rekod yang dipegang oleh Adi Alifuddin Hussin (17.54m), untuk menamatkan saingan di tempat kelima. - Stadium Astro
ATLET olahraga negara, Jonah Chang Rohan, memecahkan rekod kebangsaan dalam saingan lontar peluru dalam saingan yang berlangsung di Korea Selatan.
Dengan pencapaian terbaik yang pernah dilakukan tahun ini hadir ketika saingan Sukan SEA Kemboja apabila menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan 16.67m, atlet berusia 20 tahun itu mempamerkan lontaran yang cukup bertenaga ketika beraksi dalam Kejohanan Balingan Asia 2023 di Korea Selatan.
Catatan 17.67m, memadam rekod yang dipegang oleh Adi Alifuddin Hussin (17.54m), untuk menamatkan saingan di tempat kelima.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Atlet olahraga negara #Jonah Chang Rohan #lontar peluru #pecah rekod kebangsaan