GENTING HIGHLANDS: Pelumba pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff terus mengekalkan gelaran Raja Bukit (Jersi Merah) pada saingan peringkat ketiga perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 laluan Putrajaya ke Genting Highlands.
Muhamad Nur Aiman pada perlumbaan sejauh 124.2 kilometer (km) hari ini, tampil cemerlang selepas menakluk dua daripada empat zon pendakian ditawarkan membabitkan Tekali dan Look Out Point Ampang.
Pelumba pasukan Ara Pro Racing Sunshine Coast, Carter Bettles dan Ivan Ramiro Sosa Cuervo dari pasukan Movistar Team kemudian mengungguli dua zon pendakian paling mencabar pada peringkat ketiga itu membabitkan Gohtong Jaya dan puncak Genting Highlands.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Muhamad Nur Aiman terus mengungguli gelaran Raja Bukit selepas mengumpul 29 mata diekori rapat Sosa (25 mata) dan pelumba EF Education-Easypost, Hugh John Carthy (24 mata).
"Segala yang saya rancang hari ini serba menjadi apabila saya berjaya tawan dua zon pendakian awal perlumbaan yang membolehkan saya mengutip mata.
"Esok tiada zon pendakian ditawarkan dan saya akan kembali pertahankan semula jersi ini pada peringkat kelima (Sabtu) dan saya amat berharap dapat mempertahankan jersi ini sehingga tamat perlumbaan walaupun cabaran tahun ini adalah jauh lebih sengit," katanya ketika ditemui.
Pada perlumbaan peringkat ketiga itu gelaran pelumba terbaik negara menjadi milik pelumba muda skuad kebangsaan, Kee Zhe Yie apabila mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-39.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff (depan) ketika melakukan pendakian sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2022 peringkat ketiga sejauh 123.7 Kilometer dari Putrajaya ke Genting Highlands hari ini. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Atlet basikal dan karate dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu- 2021/2022
Kemenangan itu membolehkan kedua-duanya pulang dengan hadiah wang tunai RM7,000, piala iringan, sijil kepujian dan sepasang blazer.
LTdL 2022: Jersi Merah Raja Bukit kekal milik Muhamad Nur Aiman
Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff terus mengekalkan gelaran Raja Bukit (Jersi Merah) pada saingan peringkat ketiga perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 laluan Putrajaya ke Genting Highlands.
Nur Aiman raih gelaran Raja Bukit Jelajah Rwanda
Pelumba berusia 23 tahun itu mengungguli zon pendakian perlumbaan peringkat pertama bermula dari Kigali Arena, Kigali dan tamat di Rwamagana dengan jarak sejauh 115.6 kilometer (km).
Kejayaan pelumba terdahulu jadi rangsangan Aiman raih jersi Merah
Pencapaian itu meletakkan Aiman sebaris dengan Anuar Manan yang pernah menyarung jersi Hijau (Raja Pecut) pada 2010 dan Adiq Hussaini Othman - jersi Putih (Pelumba Terbaik Asia) pada 2016.
TSC lakar sejarah pasukan Malaysia pertama juarai LTdL
Pasukan benua Malaysia, Team Sapura Cycling (TSC) mencipta sejarah tersendiri, selepas menjadi pasukan tempatan pertama muncul juara keseluruhan pada edisi ke-25 perlumbaan berbasikal Le Tour de Langk
Dr Mahathir mahu lihat pelumba basikal negara bersaing pada Tour de France
Kejayaan yang dicapai pelumba negara pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 membuktikan rakyat negara ini memiliki kebolehan tersebut.