SUKAN

LTdL 2024 sah bermula di Langkawi tamat di Sarawak

Astro Arena 18/03/2024 | 04:17 MYT
Majlis Pelancaran LTdL 2024 berlangsung pagi ini. - Foto Astro ARENA
PERLUMBAAN Berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 bermula September depan bakal menjadi saingan paling diingati dalam sejarah penganjurannya.

Ini kerana perlumbaan berkenaan akan kembali ke bumi Langkawi, di mana destinasi ikonik berkenaan akan menjadi lokasi pembukaan perlumbaan peringkat pertama.

Selain itu, edisi kali ini juga akan menampilkan Sarawak sebagai perlumbaan penutup, yang juga peringkat ketujuh dan kelapan.

Perkara itu diumumkan dalam Majlis Pelancaran LTdL 2024, yang disiarkan secara langsung di Astro Arena pagi ini.

Untuk berita penuh, nantikan Nadi Arena jam 7.30 malam ini di Astro Arena saluran 801.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.




#LTdL 2024 #Langkawi #Sarawak #lumba basikal