SUKAN
LTdL 2025 antara perlumbaan terbaik dianjur Malaysia, MSN sedia kongsi “blue print”
Pasukan Polti VisitMalta dinobat sebagai pemenang keseluruhan kategori berpasukan selepas menamatkan perlumbaan peringkat terakhir Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dari Tangkak ke Kuala Lumpur, pada Ahad. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang berakhir semalam menjadi antara perlumbaan berbasikal lebuh raya terbaik yang pernah dianjurkan Malaysia.
Ia selepas keseluruhan aspek teknikal dan perlumbaan mendapat penilaian cemerlang dengan penarafan "all green" oleh presiden dan barisan komisar serta pengarah perlumbaan.
Perkembangan itu sekali gus membuktikan tiada kelemahan ketara dikesan sepanjang kejohanan berlangsung dan LTdL kekal sebagai perlumbaan yang berprestij di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, kini timbul tanda tanya berkenaan status penganjuran perlumbaan itu di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang berakhir tahun ini.
Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata segala keputusan berkaitan hak penganjuran itu akan diputuskan Kabinet selepas pihaknya membentangkan laporan penuh perlumbaan tersebut.
"Mandat yang diberikan oleh Kabinet adalah untuk tiga tahun iaitu 2023 hingga 2025. Jadi kita akan bawa balik kepada Kabinet selepas acara ini nanti untuk mendapatkan mandat pada tahun berikutnya.
"Untuk makluman, UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) juga sebenarnya bagi lesen untuk tiga tahun dan setiap tiga tahun kena mohon semula. Jadi kita ada masa hingga Mac tahun depan untuk memohon lesen tersebut bagi penganjuran tempoh tiga tahun lagi," katanya ketika ditemui semalam.
Dalam pada itu, Jefri berkata sesiapa sahaja yang bakal diberi amanah menganjurkan perlumbaan tersebut sama ada MSN atau penganjur luar tidak akan berdepan sebarang masalah kerana pihaknya sudah mempunyai "blue print" atau pelan tindakan penganjuran perlumbaan berprestij Asia itu.
Malah beliau berkata, MSN dan KBS sedia berkongsi sepenuhnya manual serta templat penganjuran yang telah dibangunkan sepanjang tiga tahun pelaksanaan perlumbaan.
"Kita dapat maklum balas daripada UCI, mereka mengatakan ini antara perlumbaan yang terbaik dianjurkan di Malaysia. Mereka juga berpandangan bahawa penganjuran oleh Malaysia ini boleh menjadi contoh kepada negara lain untuk menganjurkan kejohanan seperti ini pada masa akan datang.
"Jadi mana-mana penganjur atau pihak yang berkepentingan, sekiranya mereka mengambil alih penganjuran pada masa akan datang bolehlah menggunakan templat yang digunakan oleh MSN dan KBS ini.
"Manual semua kita akan berikan kalau pada pihak yang berminat untuk menganjurkannya, tidak ada masalah," katanya.
-- BERNAMA