SUKAN
LTdL 2025: Malucelli tawan Langkawi
Pelumba berusia 30 tahun dari XDS Antana Team muncul lebih awal di garisan penamat dengan dua jam 22 minit pada perlumbaan tertua Asia itu. - Gambar/ X @PETRONASLTdL
LANGKAWI: Pelumba Itali Matteo Malucelli mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menguasai Peringkat Pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 sejauh 96.7 kilometer (km) dari Kuah ke sekitar Pulau Langkawi di sini hari ini.
Ringkasan AI
Pelumba berusia 30 tahun dari XDS Antana Team muncul lebih awal di garisan penamat dengan dua jam 22 minit pada perlumbaan tertua Asia itu.
Pelumba Uno X Mobility Erlend Blikra dan wakil Tudor Pro Cycling Team Arvid de Kleijn muncul di tempat kedua dan ketiga dalam perlumbaan yang tamat dengan penyudah beramai-ramai.
Kejayaan hari ini membolehkan Malucelli menyarung Jersi HIjau selaku Pelumba Terbaik Keseluruhan dan muncul Raja Pecut dengan 15 mata.
"Kami bermula dalam keadaan hujan dan ia bukan cuaca terbaik untuk saya, tetapi tidak menjadi masalah. Keadaan semakin baik kilometer demi kilometer, dan cuaca panas ternyata memberi kelebihan.
"Anton Kuzmin melakukan kerja dengan baik apabila mengawal peloton. Dua pelumba pasukan termasuk Lev Gonov turut membantu saya," katanya selepas perlumbaan hari ini.
Sementara itu, pelumba negara Muhammad Nur Aiman Rosli dari Terengganu Cycling Team (TSG) muncul Pelumba Terbaik Asia selepas mengumpul tiga mata di zon pecutan.
Ini merupakan Jersi Putih kedua berturut-turut diraihnya pada peringkat pertama, selepas melakukannya pada edisi lepas.
"Memang dalam perbincangan pasukan saya dapat arahan untuk buat pemecahan. Alhamdulillah, berjaya dapat bonus mata termasuk dua kali tempat pertama zon pecutan dan sekali tempat ketiga.
"Jadi, dapatlah jersi Asia ini. Harap saya boleh terus kekalkan prestasi terbaik untuk peringkat seterusnya," said Nur Aiman.
Seorang lagi pelumba TSG Mohamed Harrif Saleh pula muncul Pelumba ASEAN Terbaik,kategori baharu diperkenalkan sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.
Peringkat Kedua LTdL 2025 esok membabitkan jarak 166.1km dari Padang Besar, Perlis ke Kepala Batas, Pulau Pinang membabitkan tiga zon pecutan di Jitra, Pendang dan Sungai Petani, Kedah.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pelumba Itali Matteo Malucelli dari XDS Antana Team menjuarai Peringkat Pertama sejauh 96.7km di Pulau Langkawi dengan masa 22 jam 22 minit, sekali gus menyarung Jersi Hijau sebagai Pelumba Terbaik Keseluruhan dan Raja Pecut dengan 15 mata.
- Pelumba negara Muhammad Nur Aiman Rosli dari Terengganu Cycling Team (TSG) meraih Jersi Putih sebagai Pelumba Terbaik Asia selepas mengumpul tiga mata di zon pecutan, manakala rakan sepasukannya Mohamed Harrif Saleh muncul Pelumba ASEAN Terbaik, kategori baharu sempena Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.
- Peringkat Kedua LTdL 2025 akan berlangsung esok melibatkan jarak 166.1km dari Padang Besar ke Kepala Batas, dengan tiga zon pecutan di Jitra, Pendang dan Sungai Petani.