SUKAN
LTDL 2025: Terlibat kemalangan, Malucelli terpaksa tarik diri
Matteo Malucelli daripada XDS Astana Team gagal menamatkan perlumbaan Peringkat Keenam dari Shah Alam Ke Port Dickson, hari ini selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 16.5. - Gambar Bernama
BANTING: Penyandang dan pendahulu jersi jingga Le Tour de Langkawi (LTdL), Matteo Malucelli daripada XDS Astana Team, gagal menamatkan perlumbaan Peringkat Keenam dari Shah Alam Ke Port Dickson, hari ini.
Pada perlumbaan tersebut, pelumba kelahiran Itali itu terpaksa menarik diri selepas terlibat dalam kemalangan di kilometer 16.5 pada perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca hujan.
Kemalangan itu turut melibatkan beberapa pelumba termasuk Erland Blikra daripada pasukan Uno-X Mobility, namun pelumba Norway itu kembali meneruskan perlumbaan.
Perkembangan itu sekali gus menyaksikan Malucelli terpaksa mengucapkan selamat tinggal untuk baki dua peringkat perlumbaan selepas ini.
Untuk rekod, pada LTdL musim ini Malucelli telah memenangi perlumbaan Peringkat Pertama (mengelilingi Pulau Langkawi), Peringkat Ketiga (Gerik-Pasir Puteh) dan Peringkat Keempat (Kuala Terengganu-Kemaman).
-- BERNAMA