Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek optimis pelumba negara mampu menyerlah pada perlumbaan Le Tour De Langkawi (ITDI), 2013.

Baginya, barisan sedia ada mampu menggalas tugas dengan baik disamping memberikan saingan kepada pelumba handalan dunia.

Menurut Shabery, pelumba negara mempunyai keupayaan dan kesungguhan yang tersendiri selain mampu mendapat kedudukan di atas podium untuk perlumbaan kali ini.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) membariskan 17 pelumba terbaik mewakili Malaysia.

Pasukan Terengganu Pro Asia Cycling turut menampilkan beberapa pelumba berwibawa termasuk dua beradik, Zamri dan Hariff Salleh.

Lantas, Shabery yakin perlumbaan kali ini bakal mendapat sokongan padu rakyat tempatan.

“Saya mengharapkan ianya akan memberi inspirasi bukan sahaja kepada pelumba tetapi rakyat Malaysia, keluarlah ke jalan jalan raya. pastikan ini adalah merupakan event besar negara yang patut kita banggakan,” kata Shabery.

LTDL 2013 yang dijadual bermula pada 21 Februari depan di Kangar, Perlis mendapat penyertaan 22 pasukan.

Diwakili 130 pelumba dari 30 buah negara, mereka akan akan berdepan cabaran 10 peringkat dengan jarak keseluruhan 1471 perpuluhan 4 kilometer.

Ia sekaligus beri gambaran awal bahawa perlumbaan kali ini pasti lebih sengit yang turut disertai dua pelumba handalan Pierre Rolland dari Perancis dan Andrea Guardini dari Itali.