Lukaku hampir pasti tinggalkan Manchester United

Astro Awani
Ogos 8, 2019 00:52 MYT
Lukaku (gambar) mahu meninggalkan United kerana mendakwa dipinggirkan sejak Solksjaer mengambil alih sebagai pengurus pada Disember lalu. - Gambar fail
HASRAT pemain Manchester United, Romelu Lukaku meninggalkan kelab itu hampir menjadi kenyataan.
Inter Milan dilaporkan mengemukakan tawaran baru bernilai 77 juta pound untuk mengikat Lukaku di kelab berkenaan.
Agent Lukaku, Federico Pastorello dilaporkan kini berada di London bagi mengadakan rundingan dengan United.
Pemain kebangsaan Belgium itu menimbulkan kemarahan minggu lalu kerana membocorkan data latihan peribadi menerusi laman media sosialnya.
Lukaku mahu meninggalkan United kerana mendakwa dipinggirkan sejak pengurus Ole Gunnar Solksjaer mengambil alih pada Disember lalu.
Dia juga tidak disenaraikan untuk aksi pra musim.
Lukaku yang masih mempunyai baki tiga tahun kontrak di Old Trafford, menjaringkan 42 gol daripada 96 penampilan bersama United sejak berpindah dari Everton pada 2017.
#dipinggirkan #Federico Pastorello #inter milan #Manchester United #Ole Gunnar Solksjaer #pemain bola sepak #perpindahan #Romelu Lukaku