awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lumba basikal: Muhamad Adiq Husainie terima ganjaran RM10,000, lot tanah

Astro Arena
Astro Arena
04/08/2016
04:22 MYT
Lumba basikal: Muhamad Adiq Husainie terima ganjaran RM10,000, lot tanah
Muhamad Adiq menruskan legasi Terengganu menghasilkan pelumba-pelumba terbaik Asia.
PELUMBA pasukan berbasikal profesional Terengganu Cycling Team (TSG), Muhamad Adiq Husainie Othman diberikan ganjaran berupa wang tunai RM 10,000 dan satu lot tanah oleh Kerajaan Negeri Terengganu kerana mengharumkan nama pasukan dan negeri susulan pencapaian membanggakan pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016.
Muhamad Adiq, 25, muncul pelumba Malaysia pertama dijulang sebagai pelumba terbaik Asia (Jersi Putih) sejak 21 tahun penganjuran LTdL sekali gus menempa nama dalam Malaysian Book of Records (MBR).
“Kejayaan Adiq ini perlu dijadikan contoh bukan sahaja kepada atlet berbasikal malah kepada atlet-atlet sukan yang lain juga,” kata Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Dalam pada itu Ahmad Razif juga mahu Terengganu terus menjadi kilang pengeluar pelumba-pelumba basikal hebat seperti Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa.
“Kami berbangga kerana Terengganu terus menjadi medan melahirkan pelumba-pelumba terbaik di Asia.
“Untuk mengekalkan momentum kejayaan ini perlu ada perancangan rapi untuk sukan berbasikal seperti peruntukan kewangan untuk menyediakan fasiliti terbaik dan kelengkapan pelumba untuk membentuk sebuah pasukan juara.
“Selain itu turut terdapat respon yang baik dari usahawan-usahawan untuk menaja dan membantu meringankan dana kerajaan negeri seterusnya menaikkan bakat-bakat dalam sukan lain seperti ekuastrian, memanah, perahu layar dan kanu."
Topic Berkaitan
#Ganjaran
#Le Tour de Langkawi
#lumba basikal
#Muhamad Adiq Husainie Othman
#Terengganu Cycling Team
#TSG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan