awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luncur ke arah kejayaan

Astro Awani
Astro Awani
07/04/2013
15:30 MYT
Luncur ke arah kejayaan
Kejohanan Luncur Ais Kebangsaan Malaysia yang ke-8, berlangsung dari 5 hingga 6 April lalu, di gelanggang ais Sunway Pyramid. Menurut Pengarah Projek, Irene Cheow, acara tahunan kali ini melihatkan penyertaan yang tertinggi berbanding dengan kejohanan yang lepas, iaitu daripada Singapura, Australia, Switzerland, New Zealand, dan India. Kejohanan ini terbahagi kepada dua kategori yang dipertandingkan iaitu junior (lelaki dan perempuan) dan senior (lelaki sahaja). Kategori junior perempuan dimenangi oleh peserta dari Australia Jenny Lu dengan catatan markah 87 mata, junior lelaki oleh peluncur dari Malaysia Chew Kai Xiang dengan catatan markah 99.72 mata. Manakala kategori senior lelaki dimenangi, oleh peluncur Malaysia Julian Yee Zhi Jie dengan catatan markah tertinggi, iaitu 129.75 mata. Pemenang-pemenang ini secara automatik akan terpilih memasuki skuad luncur kebangsaan Malaysia, lantas akan dilatih agar berpeluang melayakkan diri bertanding dalam sukan olimpik musim sejuk nanti. Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM). Selain daripada dua kategori di atas terdapat juga kategori untuk peluncur-peluncur baru yang baru mula berjinak dalam sukan luncur ais ini. Isam telah melahirkan banyak peluncur Malaysia yang berkualiti di mana seramai tiga daripada peluncurnya pernah memenangi pingat emas, perak dan gangsa masing- masing semasa bertanding dalam dua belas kejohanan yang pernah diadakan oleh Kesatuan Luncur Antarabangsa (ISU). Isu ditubuhkan pada tahun 1892 dan merupakan kesatuan antarabangsa tertua yang mentadbir sukan musim sejuk ini.
Topic Berkaitan
#Jenny Lu
#JULIAN YEE
#kejohanan
#luncur ais
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan