awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nicole Kidman, Keith Urban sah bercerai selepas 19 tahun bersama
Venezuela berkabung 7 hari, tuntut Maduro dikembalikan - Pemangku Presiden
Impian Real Madrid undang kecaman peminat Bayern, Lennart Karl akui kesilapan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lupakan Sukan Asia, tumpuan Shah Firdaus Sahrom beralih kepada Paris 2024

Astro Arena
Astro Arena
30/09/2023
23:15 MYT
Lupakan Sukan Asia, tumpuan Shah Firdaus Sahrom beralih kepada Paris 2024
Elemen paling penting adalah persediaan daripada segi mental harus diperkuatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada Sukan Olimpik Paris itu nanti, kata Shah Firdaus. - Foto Astro ARENA
PENYUMBANG dua pingat gangsa, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, ingin melupakan peristiwa pahit yang melanda dirinya susulan kontroversi yang menyebabkan pingat emas dalam acara keirin dan pecut yang sepatutnya menjadi miliknya bagaikan dirompak.
Kini, dia hanya ingin memfokuskan persiapan menjelang saingan Sukan Olimpik Paris yang diklasifikasikan lebih mencabar.
Elemen paling penting adalah persediaan daripada segi mental harus diperkuatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada kejohanan itu nanti.
"Saya hanya mahu melihat ke hadapan. Berehat selama seminggu sebelum kembali mula membuat persiapan menghadapi Sukan Olimpik," katanya menerusi Nadi Weekend.
"Saya mahu kembali memperkuatkan lagi jisim otot, tahun 2024 bakal menghadirkan saingan yang sangat penting dan berharap untuk melakukan sesuatu buat Malaysia."
Sementara itu, trio berbasikal wanita negara, Nurul Izzah Izzati menganggap kejayaan meraih pingat gangsa acara pecut berpasukan wanita merupakan sesuatu yang tidak terlintas pada akal fikirannya.
Lebih manis lagi, apabila dia berjaya memecahkan rekod baharu kebangsaan dengan catatan 49.02s.
"Pingat yang dimenangi di Hangzhou di luar jangkaan saya dan rakan sepasukan. Ia adalah persembahan yang terbaik kami tampilkan," kata Nurul.
Topic Berkaitan
#pelumba basikal
#Shah Firdaus Sahrom
#Sukan Asia Hangzhou 2022
#Sukan Olimpik Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan