Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

Luqman Hakim sifatkan kembali ke skuad Harimau Malaya rezeki besar

Bernama 16/11/2025 | 11:00 MYT
Pemain Harimau Malaya Luqman Hakim Shamsudin ketika sidang media berhubung persiapan menjelang perlawanan menentang Nepal pada Kelayakan Piala Asia 2027 di Bukit Jalil hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Penyerang Negeri Sembilan FC Luqman Hakim Shamsudin menyifatkan kepulangan beliau ke skuad Harimau Malaya sebagai rezeki besar selepas lebih setahun bergelut dengan kecederaan hamstring yang sedikit menjejaskan kariernya.


Ringkasan AI
  • Luqman Hakim Shamsudin menyifatkan kepulangannya ke skuad Harimau Malaya selepas kecederaan sebagai rezeki besar.
  • Beliau bangga mendapat panggilan semula selepas hampir setahun tidak dipilih.
  • Latihan intensiti tinggi membantu meningkatkan prestasi permainannya.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Beliau berkata tiada istilah lewat dalam menyahut panggilan negara selepas menjadi antara pemain diberi kepercayaan untuk menyertai kem latihan pusat kendalian ketua jurulatih Peter Cklamovski menjelang saingan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, Selasa ini.

"Ini satu peluang untuk saya tunjuk bahawa saya boleh bersaing dengan rakan-rakan lain. Sebelum ini perjalanan bola sepak saya ada turun naik, jadi itu pengalaman yang mematangkan.

"Alhamdulillah setelah sekian lama, tak silap saya hampir setahun lebih saya tidak dapat panggilan skuad kebangsaan, saya rasa bangga dan bertuah untuk diri saya dan sangat gembira," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Luqman Hakim dipanggil menyertai kem skuad negara bagi menggantikan penyerang Kuching City FC Jordan Mintah yang terpaksa menarik diri akibat masalah kesihatan.

Kali terakhir Luqman Hakim bersama skuad kebangsaan adalah pada 2022 ketika Harimau Malaya menentang Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa.

Beliau turut percaya latihan intensiti tinggi setelah lima hari menyertai kem latihan pusat, membantu mengembalikan rentak permainannya serta bersifat terbuka beraksi di mana sahaja posisi yang diberikan Cklamovski.

-- BERNAMA



Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang menyebabkan Luqman Hakim Shamsudin menganggap kepulangannya ke skuad Harimau Malaya sebagai rezeki besar?
    A: Beliau menyifatkan kepulangannya sebagai rezeki besar selepas bergelut dengan kerosakan hamstring yang mengganggu kariernya.
  • Q: Apakah yang membuat Luqman Hakim Shamsudin bangga dan bertuah dengan panggilan semula ke skuad kebangsaan?
    A: Luqman Hakim merasa bangga dan bertuah kerana dipilih semula selepas hampir setahun tidak dipilih masuk skuad kebangsaan.
  • Q: Bagaimanakah latihan intensiti tinggi membantu Luqman Hakim Shamsudin?
    A: Latihan intensiti tinggi selepas menyertai kem latihan pusat membantu meningkatkan rentak permainan Luqman Hakim serta membolehkannya beraksi dalam pelbagai posisi yang diberikan.



#Luqman Hakim #harimau Malaya #Peter Cklamovski #kecderaan