awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laporan siasatan kes Danish Irfan siap dua minggu lagi
JPJ Johor keluar 2,136 notis gagal patuhi peraturan jalan sejak Januari
Jumlah transaksi guna SARA, kes penipuan jual beli antara isu dikupas Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini - Ruben Amorim

Astro Arena
Astro Arena
05/11/2024
08:55 MYT
Maaf, saya tidak boleh guna Bahasa Inggeris ketika ini - Ruben Amorim
Amorim diminta menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris pada sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di antara Sporting CP dan Manchester City awal pagi esok. - Stadium Astro
RUBEN Amorim terlibat dengan satu perbualan canggung bersama wartawan Sky Sports, Gary Cotterill, sewaktu sidang media menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di antara Sporting CP dan Manchester City awal pagi esok.
Ini selepas Ketua Jurulatih Sporting itu diminta menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris pada ketika dia tidak mahu melakukannya.
Pengendali berusia 39 tahun itu dinamakan sebagai pengurus baharu Manchester United pada Jumaat lalu dan akan secara rasmi bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan pada Isnin depan.
Bagaimanapun, sebelum dia ke Old Trafford, Amorim perlu mengendalikan aksi kedua terakhirnya bersama kelab itu.
Sewaktu sidang media itu, Amorim kelihatan tenang menjawab segala soalan dengan bahasa ibundanya, iaitu Bahasa Portugis.
Apabila dilontarkan soalan dalam Bahasa Inggeris, pegawai medianya akan menyelit dan berkata kepada wartawan Inggeris bahawa mereka akan mendapat jawapan dalam Bahasa Inggeris sebaik dia memulakan tugas di Manchester United kelak.
Cotterill kemudian bersungguh-sungguh mahu Amorim menjawab dalam Bahasa Inggeris tetapi pengendali itu kekal dengan pendiriannya.
"Maaf, saya tidak boleh menggunakan Bahasa Inggeris ketika ini.
"Maaf... Mereka akan merindui saya di Portugal, jadi saya perlu bertutur dalam Bahasa Portugis," katanya. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#jurulatih Manchester United
#Ruben Amorim
#Liga Juara-Juara Eropah
#Sporting CP
#Manchester City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan