awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Macam baru kahwin semalam” - Rumah tangga Faisal Halim kembali mekar

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2025
00:50 MYT
“Macam baru kahwin semalam” - Rumah tangga Faisal Halim kembali mekar
Faisal berkongsi detik bersama isteri dan anaknya dengan kapsyen ringkas, “Alhamdulillah”, sambil diiringi lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai latar dalam hantaran InstaStory beliau.
KUALA LUMPUR: Kehidupan rumah tangga pemain Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim, kembali disinari kebahagiaan apabila beliau memuat naik gambar mesra bersama keluarga di laman sosial.
Menerusi perkongsian di InstaStory pagi tadi, Faisal berkongsi detik bersama isteri dan anaknya dengan kapsyen ringkas, “Alhamdulillah”, sambil diiringi lagu Sayang Sampai Mati nyanyian Repvblik sebagai latar.
Gambar tersebut memperlihatkan Faisal memeluk erat isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahri, bersama anak lelaki mereka, Khalish Aryan.
Hantaran berkenaan turut dimuat naik semula oleh Nur Syazwani beserta nota yang memberi bayangan pasangan itu kembali berdamai.
"Alhamdulillah. Maaf dan lupakan. Semoga Allah lindungi perkahwinan kami hingga ke syurga. Sayang awak, Faisal Halim. Rasa macam baru kahwin semula."
Hantaran Faisal turut dimuat naik semula oleh Nur Syazwani beserta nota yang memberi bayangan pasangan itu kembali berdamai.
Hantaran Faisal turut dimuat naik semula oleh Nur Syazwani beserta nota yang memberi bayangan pasangan itu kembali berdamai.
Sebelum ini, rumah tangga pasangan tersebut menjadi perhatian selepas Nur Syazwani memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Klang, biarpun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga. Faisal dan Nur Syazwani mendirikan rumah tangga pada 9 Mac 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Khalish Aryan.
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#Nur Syazwani Mizuana Shahri
#kes cerai Faisal Halim
#Faisal Halim disimbah asid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan