[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
SUKAN

Macam diktator, Arsene Wenger kini setaraf Robert Mugabe pula

Agensi 09/03/2018 | 03:23 MYT
Walaupun teruk dikritik, Arsene Wenger tetap enggan berganjak daripada kedudukannya. - Foto REUTERS
WAKTU suka macam-macam kata pujian dihambur. Namun apabila dah tak suka macam-macam pula kejian dan makian ditabur.
Itulah nasib pengurus Arsenal, Arsene Wenger. 21 tahun bersama The Gunners menjadikan Wenger pengurus paling lama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pengurus berusia 68 tahun itu telah terima pelbagai kecaman sejak beberapa tahun lalu. Namun dia tetap tidak mahu berganjak daripada kedudukannya.
Terbaharu para pembenci Wenger menyamakannya pula dengan presiden Zimbabwe yang disingkirkan, Robert Mugabe. Macam diktator.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Asas perbandingan adalah tempoh lama pegang jawatan namun gagal bawa pembaharuan bahkan prestasi makin merudum.
Tewas empat perlawanan berturut-turut menambahkan lagi kemarahan terhadap pengendali kelahiran Perancis ini.
Macam macam kempen digerakkan namun Wenger tetap buat ‘muka tebal’.
Malah kejayaan Arsenal menewaskan AC Milan 2-0 dalam peringkat 16 terakhir Liga Europa awal pagi tadi beri sedikit kelegaan atau talian hayat buatnya sekurang-kurangnya sehingga tamat musin ini.
#Arsenal #Arsene Wenger #diktator #EPL #Liga Perdana Inggeris #Mugabe