awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maciel mahu Mahali Jasuli bersama Kuala Lumpur

Astro Arena
Astro Arena
21/01/2018
14:25 MYT
Maciel mahu Mahali Jasuli bersama Kuala Lumpur
Kontrak Mahali difahamkan tidak lagi disambung JDT, lantas membuka ruang mana-mana pasukan mendapatkan khidmatnya. - Foto: FAM.org.my
JURULATIH Kuala Lumpur, Fabio Maciel, berminat mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan yang kini beraksi bersama Johor Darul Takzim (JDT), Mahali Jasuli, bagi memperkuatkan cabaran skuad Warga Kota itu sebelum jendela perpindahan pemain ditutup pada 11 Februari.
Kontrak Mahali difahamkan tidak lagi disambung JDT, lantas membuka ruang mana-mana pasukan mendapatkan khidmatnya.
Menurut Maciel, beliau cukup mengenali kemampuan Mahali ketika beraksi bersama pasukan kebangsaan dan menjelaskan pihak pengurusan sedang dalam proses rundingan untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Selangor itu.
"Dia seorang pemain yang berkualiti, saya mengenalinya sejak mengendalikan Timor Leste. Kehadiran Mahali disambut baik dan kami akan berusaha mendapatkan khidmatnya," katanya.
Maciel juga mengumumkan pemain sayap kiri skuad B-23 negara, Syazwan Andik Mohd Ishak, semakin pasti ke Kuala Lumpur selain masih menunggu kata putus pemain pertahanan, Adib Zainudin.
"Saya sangat berminat dengan kedua-dua pemain ini. Kedua-duanya memiliki kontrak bersama pasukan masing-masing sebelum ini," ujarnya.
Barisan pemain Kuala Lumpur 2018 diperkenalkan dalam majlis pelancaran jersi pasukan yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor, semalam.
Topic Berkaitan
#fabio maciel
#Kuala Lumpur
#Mahali Jasuli
#skuad warga kota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan