KUALA LUMPUR: Pengerusi kelab Port FC yang berpangkalan di Thailand, Nualphan Lamsam tanpa berselindung mengakui sedang 'mengintai' beberapa pemain skuad bola sepak kebangsaan untuk beraksi bersama kelabnya pasa masa akan datang.
Beliau yang turut dikenali sebagai Madam Pang berkata, kelibat pemain seperti tonggak tengah Stuart Wilkin dan penyerang Darren Lok pada saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 yang sedang berlangsung, antara yang mencuri tumpuannya.
"Saya rasa ketua pasukan nombor 11 (Safawi Rasid) anda akan bermain di Ratchaburi FC dan anda juga mempunyai seorang pemain yang beraksi untuk Buriram United (Dion Cools), namun dia tidak menyertai Piala AFF. Walaupun Piala AFF ini tiada dalam kalendar FIFA, tetapi Port FC tetap berusaha mengenal pasti pemain.
"Anda mungkin memiliki ramai pemain yang bagus. Kami nampak beberapa pemain dan daripada perlawanan terakhir tempoh hari saya nampak pemain anda seperti nombor 8 (Wilkin) dan nombor 9 (Darren)," katanya yang juga pengurus skuad bola sepak Thailand, pada sidang media di sini hari ini.
Kelab Port FC yang berada di tangga ketujuh daripada 16 pasukan dalam saingan Liga Thai 1, kini mengumpul 22 mata dipisahkan 17 mata dengan pendahulu liga, Buriram United yang mengutip 39 mata.
Mengulas mengenai peranan 59,000 penyokong Malaysia sebagai 'pemain ke-12' skuad Harimau Malaya yang akan hadir memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF menentang Thailand malam ini, beliau berkata, mereka tetap mendatangkan ancaman besar buat skuad Gajah Perang itu.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan hanya 59,000 tiket ditawarkan berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa 'dikosongkan' kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang sedang dalam proses pemasangan.
"Jumlah tersebut tetap banyak bagi kami dan saya faham rakyat Malaysia mahu stadium itu penuh. Sebelum ini, ketika kami menentang Singapura 'pemain' nombor 12 ini penting," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jan 07 2023

Pemain seperti Darren Lok antara yang mencuri tumpuan Pengerusi kelab Port FC yang berpangkalan di Thailand, Nualphan Lamsam. - Gambar BERNAMA

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

10 fakta mengenai Madam Pang, jutawan kemudi Persatuan Bola Sepak Thailand
Nualphan Lamsam diumum sebagai Presiden FAT ke-18 selepas menewaskan empat lagi pencabarnya untuk jawatan penting itu.

Madam Pang intai pemain skuad bola sepak negara
Pemain seperti Stuart Wilkin dan Darren Lok antara yang mencuri tumpuan.