Maguire enggan salahkan Solskjaer

Astro Arena
Disember 9, 2020 00:13 MYT
Reaksi Harry Maguire ketika perlawanan UCL antara RB Leipzig dan Manchester United di Arena Red Bull, Leipzig, Jerman, 8 Dis, 2020. REUTERS
KAPTEN Manchester United, Harry Maguire, mengatakan bahawa ketidakupayaan untuk bertahan dan bukan taktikal pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, harus dipersalahkan selepas The Red Devils tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL).
United memerlukan seri daripada aksi bertemu RB Leipzig untuk mara ke pusingan 16 UCL tetapi tewas 3-2 oleh pasukan semi final musim lalu di Red Bull Arena.
Solskjaer menggunakan lima pertahanan -- formasi yang digunakan ketika menang 2-1 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) Oktober lalu -- dan United dibolosi dua gol dalam tempoh 13 minit, kedua-duanya terhasil daripada hantaran silang yang mudah.
Hanya berdepan Juventus pada April 1999 United ketinggalan 2-0 dalam perlawanan UCL (11 minit), dengan pertahanan pinjaman dari Manchester City, Angelino, membuka jaringan sebelum melakukan hantaran untuk Amadou Haidara.
Justin Kluivert meledak gol ketiga Leipzig dan di sebalik Bruno Fernandes meledak penalti dan pemain gantian Paul Pogba mengurangkan defisit jaringan, pasukan pelawat gagal di Jerman.
Maguire menegaskan pemain-pemain perlu bertanggungjawab di atas kekalahan ini, di mana United bakal meneruskan saingan dalam Liga Europa (UEL) bagi baki musim ini, selepas melangkah ke separuh akhir dalam pertandingan tersebut musim lalu.
"Kami memulakan perlawanan ini terlalu perlahan," katanya kepada BT Sport. "Ia tidak cukup baik. 20 minit pertama kami seperti tidak berada dalam perlawanan ini. Mereka melakukan dua hantaran silang dan kami gagal menanganinya.
"Kami perlu melihat kepada diri sendiri. Anda dapat melihat pada penghujung permainan apabila perlawanan mula menjadi sengit dan kami bermula dengan perlahan dan tidak boleh terus ketinggalan.
"Ketika separuh masa, ketinggalan 2-0, gol seterusnya amat penting. Mereka mendahului 3-0 dan menjadi tugas lebih sukar.
"Jaringan ketiga membuktikan amat penting dan kami telah cuba merapatkan jurang. Saya tidak mahu mencari alasan.
"Kami perlu bermain dengan agresif, mendapatkan bola. Itu adalah perkara asas. Jika anda gagal bertahan hantaran silang, anda akan tewas."

2' Angeliño 13' Haidara 69' Kluivert 80' Bruno Fernandes 82' Pogba Leipzig Manchester United #UCL pic.twitter.com/iRRtMKBamR

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Leipzig bakal menyertai juara Perancis, PSG dalam pusingan kalah mati, dengan United di tempat ketiga dan Istanbul Basaksehir keempat.

3 - Man Utd have conceded 3+ goals in consecutive Champions League games for the first time since April 2003 (Both v Real Madrid). Whimper. pic.twitter.com/I2t38Iqjsy

— OptaJoe (@OptaJoe) December 8, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #RB Leipzig #UCL #Ole Gunnar Solskjaer #Harry Maguire #lima pertahanan #pusingan 16 #Liga Juara-Juara