awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maguire tersenarai tapi Martial tidak dibawa United ke final UEL

Astro Arena
Astro Arena
25/05/2021
03:53 MYT
Maguire tersenarai tapi Martial tidak dibawa United ke final UEL
Solskjaer mengakui tidak menjangkakan Maguire (gambar) akan terlibat dengan perlawanan itu tetapi akan memberikan masa untuk dia buktikan tahap kecergasannya. - Gambar fail
HARRY Maguire tersenarai sebagai pemain yang dibawa Manchester United bagi menghadapi final Liga Europa (UEL) menentang Villarreal awal pagi Khamis ini.
Kapten The Red Devils itu tidak pernah beraksi sejak mengalami kecederaan buku lali ketika menewaskan Aston Villa 3-1 pada 9 Mei lalu.
Pengurus, Ole Gunnar Solskjaer, mengakui bahawa dia tidak menjangkakan Maguire akan terlibat dengan perlawanan itu tetapi akan memberikan masa buat pertahanan tengah itu untuk membuktikan tahap kecergasannya.
Pada ketika Maguire berada dalam senarai 26 pemain yang akan dibawa ke Gdansk bagi penentuan akhir itu, Anthony Martial pula sebaliknya.
Martial juga tidak pernah beraksi buat United sejak Mac lalu berikutan kecederaan lutut yang dihadapinya ketika mewakili Perancis.
Solskjaer turut menyenaraikan beberapa penyerang muda seperti Anthony Elanga, Amad Diallo dan Shola Shoretire, di mana ketiga-tiga pemain berkenaan turut diturunkan ketika menewaskan Wolves 2-1 dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini -- Elanga menjaringkan gol EPL pertamanya dalam kemenangan di Stadium Molineux itu.
Senarai pemain United:
David de Gea, Dean Henderson, Lee Grant, Nathan Bishop; Eric Bailly, Victor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw, Alex Telles, Axel Tuanzebe, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams; Amad Diallo, Bruno Fernandes, Fred, Daniel James, Juan Mata, Nemanja Matic, Scott McTominay, Paul Pogba, Donny van de Beek; Edinson Cavani, Anthony Elanga, Mason Greenwood, Marcus Rashford, Shola Shoretire.
Topic Berkaitan
#Harry Maguire
#Manchester United
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#UEL
#senarai
#kecederaan buku lali
#cedera
#tahap kecergasan
#Ole Gunnar Solskjaer
#Villarreal
#Anthony Martial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan