SUKAN
Mainoo jadi 'mangsa' eksperimen Amorim
Kobe Mainoo (tiga, kanan) kelihatan sugul apabila sekadar memanaskan bangku simpanan semasa aksi menentang Fulham di Craven Cottage pada Ahad lalu. Foto Agensi/Sinar Harian
MANCHESTER United terus dihimpit persoalan taktikal selepas sekadar seri 1-1 menentang Fulham dengan Gary Neville menegaskan kelemahan jentera tengah dan kedudukan Kobbie Mainoo yang semakin terpinggir di bawah kendalian Ruben Amorim.
Neville berkata, keputusan Amorim tidak menurunkan Mainoo buat dua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut jelas menunjukkan pemain muda itu sudah jatuh ke pilihan keempat selepas Casemiro, Bruno Fernandes, Mason Mount dan Manuel Ugarte.
“Saya sangka Mainoo boleh mengisi kekosongan itu tetapi jelas Amorim belum meletakkan kepercayaan kepadanya,” kata Neville.
United kini berdepan dilema di bahagian tengah selepas gagal melakukan penambahbaikan besar pada jendela perpindahan.
Casemiro semakin dimamah usia, Ugarte gagal mengekalkan konsistensi, manakala Bruno Fernandes tidak lagi mampu menjadi penyelamat setiap kali seperti musim-musim lalu.
Amorim turut mengakui penyerang baharu, Benjamin Sesko masih jauh daripada tahap kecergasan optimum dan memerlukan masa menyesuaikan diri dengan kelajuan EPL.
Namun, Neville mengingatkan bahawa United tidak mempunyai banyak masa untuk menunggu kerana tekanan keputusan sudah semakin mendesak.
“Dengan masa seminggu sahaja sebelum jendela perpindahan ditutup, Amorim perlu mencari solusi segera sama ada dengan mengembalikan Mainoo ke peranan utama atau membawa masuk pemain tengah baharu,” tegas Neville. - Sinar Harian