Skip to main content

Sukan

Majlis Belia Felda bakal bentuk pasukan e-sukan

51514450137_thepantheon.jpg
Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan pasukan e-sukannya tersendiri.

Presidennya Muhammad Fadzli Hasan berkata siri jelajah yang akan diadakan oleh pihaknya bakal mengenal pasti beberapa bakat baru di kalangan belia Felda.

โ€œKami sudah mengenal pasti beberapa belia Felda yang menunjukkan minat dengan e-sukan.

โ€œKami juga akan mencari bakat baru menerusi siri jelajah dan seterusnya membentuk pasukan yang boleh membawa nama Felda dan MBFM terus ke hadapan,โ€ katanya selepas menghadiri Majlis Memeterai  Perjanjian Persefaman antara Kitamen Entertainment Sdn Bhd, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di sini, hari ini.

BACA: Malaysia antara penyumbang 98 peratus peminat e-sukan serantau - Salleh

Kerjasama strategik itu adalah bagi menyemarakkan lagi industri dan komuniti e-sukan menerusi penganjuran siri diskusi, projek dan aktiviti di peringkat akar umbi.



Must Watch Video