SUKAN

Malaysia atasi Myanmar 5-0 dalam BATC 2026

Bernama 04/02/2026 | 13:52 MYT
Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Conson, Pusat Sukan Qingdao, menyaksikan perseorangan negara Justin Hoh menyumbang mata pertama negara dengan menewaskan Hein Htut 21-18, 21-19 dalam masa 48 minit. - Foto Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Skuad badminton lelaki negara tidak menghadapi masalah untuk menempah laluan ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Myanmar 5-0 pada aksi pembukaan Kumpulan D Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2026 di Qingdao hari ini.


Ringkasan AI
  • Skuad badminton lelaki Malaysia menewaskan Myanmar 5-0 dalam Kumpulan D Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2026 di Qingdao.
  • Justin Hoh, Eogene Ewe, dan Kong Wei Xiang menyumbang kemenangan mudah untuk skuad negara.
  • Malaysia akan berdepan Indonesia dalam aksi terakhir kumpulan, hanya dua pasukan terbaik layak ke suku akhir.


Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Conson, Pusat Sukan Qingdao, menyaksikan perseorangan negara Justin Hoh menyumbang mata pertama negara dengan menewaskan Hein Htut 21-18, 21-19 dalam masa 48 minit.

Eogene Ewe kemudian meletakkan Malaysia di hadapan 2-0 selepas menewaskan Nyan Shaine Lin dalam perlawanan straight set 21-10, 21-14.

Skuad negara terus melebarkan jurang mata 3-0 melalui Kong Wei Xiang yang mudah menundukkan Lal Zuidika 21-11, 21-11. Seterusnya, beregu negara Aarn Tai-Roy King Yap membelasah gandingan Myanmar, Nyan Shaine Lin-Phone Htet Zaw 21-11, 21-9, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia 4-0.

Beregu terakhir, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri melengkapkan kemenangan besar 5-0 dengan menundukkan Phyo Thurain Kyaw-Lal Zuidika 21-9, 21-7.

Malaysia dijadual menghadapi cabaran sebenar menentang Indonesia pada aksi terakhir kumpulan esok.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke suku akhir.

-- BERNAMA


#badminton #Malaysia #Myanmar #BATC 2026