PUTRAJAYA: Malaysia bakal menghantar 677 atlet (403 lelaki, 274 wanita) dan 237 pegawai ke Sukan SEA ke-32 di Phnom Penh, Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.
Daripada jumlah itu, 390 atlet adalah di bawah Kategori A (kos ditanggung sepenuhnya) manakala 287 dalam Kategori B (kos ditanggung persatuan dan dipulangkan jika menang pingat) dengan menyaksikan olahraga menjadi kem terbesar dengan penyertaan 65 atlet (34 Kategori A dan 31 Kategori B).
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, berlaku peningkatan dalam penyertaan kali ini kerana pihaknya mahu memberi peluang kepada lebih banyak atlet muda dan pelapis sebagai pendedahan untuk Sukan SEA 2025 di Thailand dan 2027 di Malaysia.
"Kita berharap kebenaran yang diberikan dan pemilihan ini jangan dipersia-siakan kerana Sukan SEA menjadi medan pengenalan ke sukan antarabangsa sebelum mengintai peluang ke Sukan Asia dan Sukan Olimpik. Peluang ini harus direbut.
"Majoriti atlet akan beraksi dalam sukan berpasukan seperti bola sepak (40 atlet), hoki (60), badminton (20) dan floorball (40)," katanya pada sidang media selepas majlis pengumuman kontinjen dan penyerahan watikah pelantikan kepada atlet dan pegawai ke Sukan SEA Kemboja di sini hari ini.
Temasya kali ini bakal menjadi penyertaan ketiga terbesar kontinjen Malaysia di luar negara dari segi saiz atlet selepas edisi 2007 Korat, Thailand yang disertai oleh 820 atlet dan edisi 2019 Filipina disertai oleh 772 atlet.
Saiz kontinjen terbesar Malaysia dalam sejarah Sukan SEA adalah pada edisi 2017 Kuala Lumpur, yang diwakili oleh 845 atlet dan 294 pegawai, manakala edisi lepas di Hanoi menyaksikan 584 atlet dan 272 pegawai mewakili negara.
Sementara itu, Mohamad Norza turut mencabar Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Mohd Nasir Ali untuk mencatatkan pencapaian lebih baik berbanding ketika beliau menjadi CDM temasya Singapura 2015, yang merupakan antara pencapaian terbaik Malaysia di luar negara.
Beliau berkata temasya kali ini bakal menjadi indikasi sebenar tahap atlet Malaysia pascapandemik COVID-19, selepas kebanyakan kejohanan antarabangsa ditangguh atau dibatalkan sejak awal 2020 hingga awal tahun lepas.
Kontinjen negara berjaya menuai 62 emas, 58 perak dan 66 gangsa untuk berada di kedudukan keempat keseluruhan ketika itu, berbanding pencapaian di kedudukan keenam dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Hanoi, tahun lepas.
Mohd Nasir berkata, pihaknya mahu menjadikan temasya kali ini sebagai kesinambungan dari edisi Hanoi yang dianjurkan pada Mei lepas (2022), dalam memperbaiki pencapaian pingat dan kedudukan keseluruhan.
"Kita juga kehilangan beberapa pingat apabila acara yang berpotensi dalam sukan seperti bina badan, terjun, muay thai dan gimnastik sama ada tidak dipertandingkan atau dikurangkan acara pada kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Temasya kali ini bakal menjadi indikasi sebenar tahap atlet Malaysia pascapandemik COVID-19, selepas kebanyakan kejohanan antarabangsa ditangguh atau dibatalkan sejak awal 2020 hingga awal tahun lepas. - Foto WIKIPEDIA

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

Perlu ada perjanjian khusus bagi perolehan darurat KKM - Lukanisman
Ia bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan dan menyediakan peralatan yang mengikut piawaian.

COVID-19: Peratus kes, kadar kemasukan ke hospital menurun pada ME21/2023 - Dr Zaliha
Beliau turut memberi jaminan keadaan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan di hospital tidak terjejas.

WHO akan peluas sistem pensijilan digital COVID-19 Kesatuan Eropah
WHO berkata model Eropah akan menjadi blok binaan pertama dalam mewujudkan Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global WHO.

Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem - Laporan UNODC
Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia masih berada pada tahap ekstrem dan dilihat semakin pelbagai, menurut laporan UNODC.

Aliran penumpang udara naik 45.8 peratus pada April, domestik pulih - IATA
Aliran pergerakan penumpang domestik bagi April tahun ini juga meningkat 42.6 peratus daripada tahun lepas dan kini telah pulih sepenuhnya.

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

KKM bincang SOP baharu COVID-19 pertengahan Jun ini
KKM akan mengadakan satu mesyuarat pada pertengahan Jun ini, bagi membincangkan garis panduan baharu SOP COVID-19 berikutan pengumuman penamatan status kecemasan kesihatan global Malaysia oleh WHO.

PM Lee Singapura sekali lagi positif COVID-19
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sekali lagi disahkan positif COVID-19, selepas keputusan ujian saringan pada Ahad (28 Mei) lalu menunjukkan negatif dan kembali bertugas pada Isnin (29 Mei).

Akses internet isi rumah meningkat 96 peratus - DoSM
Peratus isi rumah yang mempunyai akses Internet meningkat kepada 96 peratus tahun lepas, berbanding 94.9 peratus pada 2021, menurut laporan terkini Jabatan Perangkaan (DoSM).

Perangi tabiat merokok, ini beberapa fakta tentang Hari Tanpa Tembakau Sedunia
Hari Tanpa Tembakau Sedunia dirai setiap 31 Mei untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya merokok dalam menyokong usaha menangani ketagihan terhadap tembakau.