SUKAN
Malaysia benam Bangladesh 7-1 Kelayakan Piala Asia Futsal
Skuad futsal negara mencatat kemenangan besar 7-1 ke atas Bangladesh pada saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Asia Futsal 2026. - Foto Facebook FAM
KUANTAN: Skuad futsal negara mencatat kemenangan besar 7-1 ke atas Bangladesh pada saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Asia Futsal 2026 di Stadium Tertutup SUKPA di sini, malam ini.
Seawal babak pertama perlawanan, kedua-dua pasukan dilihat agak seimbang mengatur gerak dan berbalas serangan.
Pada minit ketujuh, penyerang negara Mohamad Awwalluddin Nawi membuka tirai jaringan dengan tendangan kencang dari luar kotak penalti.
Bangladesh kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan pada minit kelapan menerusi penyerang Fayed Azim yang merembat deras ke gawang negara.
Bagaimanapun, Mohamad Danial Dain meledakkan gol kedua Malaysia pada minit ke-16 dengan sepakan kencang untuk membolosi gol Bangladesh sebelum Mahadir Harahap Khairuddin menokok jaringan ketiga pada minit ke-18.
Pada awal babak kedua permainan, Bangladesh cuba menggunakan taktik 'powerplay' dalam usaha merapatkan jurang gol namun tidak membuahkan hasil.
Pada minit ke-23, Malaysia memperoleh gol keempat melalui Syahir Iqbal Khan yang melakukan rembatan deras dari tengah padang disusuli gol minit ke-28 oleh Mahadir, menjadikan keputusan 1-5.
Memasuki minit ke-36, Muhammad Saad Sani menghasilkan gol keenam sebelum gol ketujuh oleh Muhammad Faris sekali gus meletakkan skuad negara dalam kedudukan sukar digugat.
Keputusan 7-1 yang berpihak kepada Malaysia kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.
Malaysia yang sebelum ini menang 1-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini di kedudukan kedua kumpulan dan berkongsi enam mata dengan Iran yang mengungguli carta.
Skuad negara bakal berdepan Iran pada 24 Sept ini.
Lapan juara kumpulan dan tujuh pasukan naib juara terbaik daripada pusingan kelayakan kali ini akan menyertai tuan rumah Indonesia dalam edisi ke-18 Piala Futsal Asia pada Januari tahun depan.
-- BERNAMA