awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan

Bernama
Bernama
02/11/2024
14:45 MYT
Malaysia bukan destinasi kemuncak MotoGP - Azhan
Azhan Shafriman berkata setakat ini, belum ada sebarang perbincangan diadakan antara SIC dan penganjur perlumbaan, Dorna, berhubung perkara berkenaan. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berkemungkinan tidak menganjurkan pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang sepatutnya berlangsung di Valencia, kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC Azhan Shafriman Hanif.
Beliau berkata setakat ini, belum ada sebarang perbincangan diadakan antara SIC dan penganjur perlumbaan, Dorna, berhubung perkara berkenaan selain memaklumkan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia bersedia untuk menganjurkan pusingan kemuncak itu sekiranya penganjur meminta berbuat demikian bagi menggantikan Litar Ricardo Tormo.
"Kalau mereka bagi (kita jadi tuan rumah) kita bersedia. Kalau jadi buat di sini mungkin pada Disember. Tetapi buat masa ini tiada sebarang perbincangan untuk melakukannya di sini, mungkin mereka cari litar lain... mungkin di Eropah.
"Mereka boleh buat di Malaysia tetapi secara teknikal tayar yang mereka keluarkan untuk setiap litar berbeza jadi untuk kembali ke Malaysia, buat tayar baharu ambil masa dalam tempoh sebulan iaitu dua minggu untuk buat tayar dan dua minggu untuk bentuk tayar," katanya kepada pemberita di SIC di sini hari ini.
Semalam, Dorna mengumumkan perlumbaan pusingan penutup tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2024 yang dijadual berlangsung di Valencia pada 15-17 Nov ini dibatalkan akibat banjir besar yang menyebabkan kemusnahan selain meragut lebih 200 nyawa.
Menurut penganjur, lokasi baharu perlumbaan akhir itu akan diumumkan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MotoGP
#tayar baharu
#SIC
#pusingan kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan