"Ranking tidak penting".
Berikut merupakan ungkapan yang sering diketengahkan oleh sesetangah pihak termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan kedudukan negara di ranking Fifa setiap bulan.
Peminat mendahagakan kedudukan yang baik tetapi sehingga kini terpaksa akur dengan pasukan skuad Harimau Malaya berada di antara 200 pasukan terbaik di dunia.
Ranking terbaru Fifa yang dikeluarkan pada 17 Januari menunjukkan Malaysia berada di tangga ke 158 jauh di belakang Vietnam (134), Thailand (138) dan Filipina (147). Juara Piala AFF Singapura dan Indonesia pula di posisi 154 and 156 masing-masing.
Prestasi tidak konsisten pasukan negara dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum Piala AFF dan kekalahan mengejut 3-0 ke tangan Singapura dalam aksi pembuka tirai di Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan tamparan hebat buat skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal.
Kekalahan pada Thailand (agregat 3-1) dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF melihatkan para peminat mendesak Rajagobal serta presiden FAM Sultan Ahmad Shah untuk meletakkan jawatan.
Namun, Sultan Ahmad Shah dan Rajagobal tetap bertegas dengan kedudukan mereka tetapi timbalan presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pula merasakan bahawa ranking penting serta Rajagobal sepatutnya mempunyai jawapan kepada persembahan longlai anak buahnya.
Ada yang menyatakan ranking bukannya ‘barometer’ untuk menilai kemampuan sebenar pasukan negera. Mereka berpendapat pengiraan matematiknya tidak begitu tepat dan sebab itu beberapa pasukan tidak berada di posisi yang sebenarnya.
Tetapi adakah itu hanya alasan semata-mata?
Kini pasukan negara akan berentap dalam kelayakkan Piala Asia 2015 yang akan bermula 6 Februari. Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama gergasi Timur Tengah iaitu Qatar, Bahrain dan Yemen.
Ramai dari kalangan peminat dan pemerhati sukan sudah mempertikaikan senari 26 pemain yang dikeluarkan baru-baru ini.
Walaupun tetap menyokong Harimau Malaya, berapa lama lagi harus peminat menunggu untuk melihat negara berada di kalangan terbaik di dunia? Adakah Malaysia akan terus berlegar di ranking 158 Fifa atau di tangga tercorot akhir tahun ini?
Perubahan harus berlaku bermula dengan permainan konsisten.
Pemain, jurulatih dan pegawai harus tahu bila masanya mereka dapat menolong pasukan negara dan bila masa untuk mereka melepaskan jawatan. Dan jangan cepat berkata “ranking tidak penting” kerana ia adalah pengukur kemampuan pasukan negara.
Haresh Deol
Thu Jan 17 2013
DENGAR SINI: Jurulatih skuad Harimau Malaya Datuk K.Rajagobal memberi arahan kepada pemain negara ketika sesi latihan.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Malaysia di tangga 158 Fifa; ranking tidak penting?
Ungkapan "ranking tidak penting" tidak relevan lagi apabila skuad Harimau Muda kini berada di kedudukan 158 dalam ranking Fifa.