awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia hampiri gelaran juara Piala Suhandinata

Bernama
Bernama
06/11/2016
01:40 MYT
Malaysia hampiri gelaran juara Piala Suhandinata
Goh Jin Wei (gambar) mengalahkan Pornpawee Chochuwong 21-12 dan 21-15 dalam perlawanan perseorangan wanita untuk meletakkan Malaysia sebagai pendahulu 2-1. - fotoBERNAMA/Fail
Skuad badminton remaja Malaysia hanya selangkah sahaja lagi untuk mengulangi kejayaan pada 2011 apabila mara ke final Kejohanan Badminton Beregu Campuran Remaja Dunia di Bilbao Arena di Sepanyol lewat Sabtu (awal Ahad waktu Malaysia).
Kemenangan 3-1 ke atas Thailand di peringkat separuh akhir kejohanan itu, lebih dikenali sebagai Piala Suhandinata, menyaksikan Malaysia bakal bertembung juara bertahan dari China selepas pasukan pilihan utama itu mengalahkan Korea Selatan 3-0 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
Dalam perlawanan menentang Thailand, Malaysia ketinggalan selepas Ooi Zi Heng/Pearly Tan Koong Le kalah 22-20, 20-22 dan 12-21 kepada Pakin Kuna-Anuvit/Ruethaichanok Laisuan dalam beregu campuran, menurut laman web kejohanan, www.bilbao2016.badminton.es.
Pemain perseorangan remaja lelaki kebangsaan, Lee Zia Jia, bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan dengan mengalahkan Kantaphon Wangcharoen 21-18 dan 21-13 sebelum juara bertahan remaja dunia, Goh Jin Wei mengalahkan Pornpawee Chochuwong 21-12 dan 21-15 dalam perlawanan perseorangan wanita untuk meletakkan Malaysia sebagai pendahulu 2-1.
Kejayaan Jin Wei memberi semangat kepada Chen Tang Jie/Man Wei Chong yang melengkapkan tempat ke final bagi Malaysia buat kali kedua dalam tempoh enam tahun selepas mencatat kemenangan 21-18 dan 21-12 ke atas Panachai Worasaktayanan/Warit Sarapat dalam acara beregu lelaki.
Sebagai rekod, Malaysia melakar kejayaan pertama sebagai juara pasukan dalam kejohanan itu pada 2011 dengan mengalahkan Korea Selatan 3-0 di Taiwan namun kalah 0-3 kepada China dalam final pada 1999 yang diadakan di Alor Setar, Kedah. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Suhandinata Cup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan