KUALA LUMPUR: Skuad lelaki dan wanita negara meneruskan momentum kemenangan pada hari kedua apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.
Skuad lelaki negara yang beraksi dua perlawanan hari ini dalam Kumpulan B, mengejutkan juara bertahan Hong Kong 2-1 dan sebelum itu menewaskan Iran 3-0 manakala saingan wanita pula menyaksikan skuad negara mengatasi India 2-1 dalam kumpulan sama.
Dalam saingan lelaki, pemain nombor ke-50 dunia, Ivan Yuen menyumbang mata pertama Malaysia menentang Hong Kong selepas ketinggalan set pertama 9-11 sebelum bangkit untuk menewaskan Henry Leung 11-6, 11-6 dan 11-8.
Bagaimanapun, Hong Kong menyamakan kedudukan menerusi Lau Tsz Kwan apabila mengalahkan pemain negara Adden Idrakie 11-9, 11-7 dan 11-8.
Pemain utama negara Ng Eain Yow mengesahkan kemenangan Malaysia selepas pemain nombor 18 dunia itu mengatasi cabaran sengit daripada Yip Tsz Fung dengan keputusan 13-11, 11-3 dan 12-10.
Selepas perlawanan itu, Eain Yow memberitahu Bernama bahawa beliau amat gembira dalam membantu Malaysia mengatasi Hong Kong dan menasihatkan rakan sepasukan bahawa saingan belum selesai apabila perlu mencapai kemenangan ke atas Sri Lanka pada perlawanan terakhir kumpulan esok untuk muncul juara kumpulan.
Dalam perlawanan menentang Iran, Adden hanya mengambil masa 19 minit untuk memberi mata pertama dengan mengalahkan Seyed Mohammadreza Ziyaekashani, 11-5, 11-4, 11-5.
Mohammad Syafiq menyumbang mata kedua negara dengan menewaskan Navid Maleksabet, 12-10, 11-5, 11-7 manakala Eain Yow menundukkan Alireza Shameli 11-3, 11-0, 11-4.
Sementara itu, dalam acara wanita, Malaysia selaku pasukan pilihan kedua, membuka kempen semalam dengan mengatasi Iran 3-0 dan mengatasi India 2-1 hari ini.
Bagaimanapun, skuad wanita membuka tirai saingan dengan pemain berpengalaman negara Rachel Arnold kalah 2-3 kepada pemain nombor 12 dunia dari India Joshna Chinappa dengan keputusan 1-9, 8-11, 7-11 11-8 9-11.
Bagaimanapun kekalahan Rachel itu ditebus juara Terbuka Malaysia 2021, Aifa Azman apabila menyamakan kedudukan dengan menjinakkan Sunyana Kuruvilla 11-9, 11-4, 11-7 manakala Ainaa Amani memastikan kemenangan Malaysia dengan menewaskan Urwashi Joshi, 11-5, 11-9, 11-8.
Skuad wanita negara akan menlengkapkan perlawanan terakhir kumpulan B dengan menentang Filipina esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Eain Yow mengesahkan kemenangan Malaysia selepas mengatasi cabaran sengit daripada Yip Tsz Fung dengan keputusan 13-11, 11-3 dan 12-10. - Gambar fail/ Bernama

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha
Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Tawar ibadah korban di Bumi Anbia lebih murah - Aman Palestin
Ia menawarkan pakej baharu yang ditambah baik berdasarkan kualiti dan saiz daging yang bersesuaian dengan harga.

CSO Platform for Reform gesa kerajaan lebih telus lantik anggota Suhakam
Sudah tiba masanya untuk mempunyai mekanisme bebas bagi pelantikan Pesuruhjaya Suhakam.

Tangkapan, kes jenayah narkotik meningkat separuh pertama 2022 - PDRM
Kesemua kes tersebut melibatkan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Pengerusi Suhakam perlu utamakan isu kematian dalam tahanan - CENTHRA
Ketua Eksekutif CENTHRA Azril Mohd Amin berkata pelantikan Rahmat adalah bertepatan untuk merungkai isu hak asasi manusia di negara ini

Prosiding pengesahan lafaz cerai MB Perlis pada 25 Ogos
Prosiding ditangguhkan kerana Azlan Man tidak hadir kerana mempunyai urusan kerja yang tidak dapat dielakkan.

Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada RM1.27 bilion
Sime Darby Bhd menamatkan perniagaan pelabuhan bukan teras dengan menjual keseluruhan kepentingan ekuiti dalam syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang pada kira-kira RM1.27 bilion.

Sukan Komanwel: Aifa gandingan baharu Rachel, sasaran emas digugurkan
Rombakan terpaksa dibuat tanpa melibatkan penambahan atlet baharu bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa.

Sivasangari stabil, tiga bulan dijangka pulih - Ahmad Faizal
Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari yang terlibat dalam kemalangan kereta pada awal pagi Ahad, kini berada dalam keadaan stabil.

Impian Sivasangari ke Sukan Komanwel Birmingham musnah selepas terlibat kemalangan
Impian pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari untuk membawa pulang pingat emas dari Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England musnah apabila terlibat dalam kemalangan.

Wakil negara pamer aksi membanggakan di Kejohanan Remaja Asia
Skuad skuasy remaja negara berjaya meraih empat gelaran dan lima naib juara pada Kejohanan Remaja Asia di Pattaya, Thailand,hari ini.

Skuasy: Sivasangari juara kali kedua, Eain Yow cipta sejarah tersendiri
Sivasangari yang merupakan pemain ranking ke-19 dunia unggul menoktahkan kemenangan 12-10, 9-11, 11-6 dan 11-9 dalam masa 33 minit.

'Saya tak rindu beraksi, fokus lahirkan pelapis negara' - Nicol David
Legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengakui tidak pernah terlintas untuk kembali bergiat aktif sebagai pemain walaupun sebelum ini ia sebati dalam dirinya selama 20 tahun.

Nicol David sedia bantu lahir seorang lagi jaguh skuasy dunia
Nicol, bekas juara dunia sebanyak lapan itu, berkata program NDO akan bermula 13 Jun ini dengan melibatkan murid-murid daripada empat sekolah di Lembah Klang.

Sivasangari dinobatkan Pemain Terbaik Ivy League
Pemain skuasy negara S. Sivasangari mengorak langkah besar di Amerika Syarikat (AS) apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Ivy League, semalam.

Harleein kuasai skuasy Terbuka Remaja Amerika Syarikat
Harleein membuktikan penguasaannya dalam perlawanan itu selepas menewaskan pemain Mesir, Maya Mandour 11-6, 8-11, 13-11, 11-6.

Kejohanan Asia: Eain Yow, Rachel mara ke separuh akhir
Ng Eain Yow membuktikan sebagai pemain skuasy lelaki utama negara apabila menewaskan rakan senegara, Mohammad Syafiq Mohd Kamal.