awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Masters 2024: Soon Huat-Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik

Astro Arena
Astro Arena
26/05/2024
10:10 MYT
Malaysia Masters 2024: Soon Huat-Shevon Lai dapat hadiah perkahwinan terbaik
Pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei lalu, menewaskan beregu campuran Indonesia Rinoy Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dalam straight set. - Foto Bernama
PEMAIN profesional negara yang juga pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara beregu campuran Malaysia Masters 2024 sekali gus mendapat hadiah perkahwinan paling menggembirakan.
Pasangan ini yang melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei lalu, menewaskan beregu campuran Indonesia Rinoy Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dalam straight set 21-18, 21-19 dalam tempoh 48 minit.
Kemenangan ini turut menebus kehampasan Soon Huat- Shevon yang tewas pada final 2017 kepada rakan senegara Tan Kain Meng- Lai Pei Jing, serta juga kejuaraan antarabangsa kedua mereka musim ini selepas mahkota Terbuka Switzerland.
Dalam perlawanan set pertama, pasangan Malaysia ini ketinggalan 12-14 sebelum menyamakan kedudukan 14-14.
Soon Huat-Shevon kemudian mendahului 20-16 tetapi gagal menamatkan permainan dalam dua mata akhir yang bolehkan lawan menghampiri kepada 18-20.
Namun, pasangan Malaysia ini kembali tenang untuk kutip satu mata akhir bagi kemenangan set pertama 21-18.
Set kedua, Soon Huat-Shevon ketinggalan 3-7 sebelum berjaya menyamakan kedudukan 16 sama sebelum sekali lagi ketinggalan 16-18.
Tetapi pasangan Malaysia ini bangkit menyamakan kedudukan sebelum mendahului 20-19 dan memastikan kejuaraan apabila Soon Huat melakukan smash ke gelanggang terbuka lawan.
Kemenangan ini menyaksikan Soon Huat-Shevon membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah AS$33,180 (RM156,350).
*Artikel disiarkan di Stadium Astro

Topic Berkaitan
#Goh Soon Huat-Shevon Lai
#beregu campuran
#Malaysia Masters 2024
#badminton
#muncul juara
#hadiah perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan