SUKAN
Malaysia perkukuh kedudukan 120 terbaik dunia
Skuad negara selepas ini akan memberikan tumpuan kepada aksi persahabatan kedua menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada Disember dengan misi mencatat kemenangan. - Foto Astro ARENA
MALAYSIA mengukuhkan tempat dalam kedudukan 120 terbaik dunia apabila mengutip tambahan mata ranking FIFA selepas menewaskan Singapura pada Khamis.
Aksi yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil tersebut berlangsung sengit dengan dua jaringan oleh Stuart Wilkin dan Joao Figueiredo memberikan kelebihan awal buat skuad Malaysia.
Gol saguhati berjaya disumbangkan oleh penyerang gantian Singapura, Ilhan Fandi namun jaringan dari luar kotak penalti itu tak cukup untuk menghalang kemenangan buat Harimau Malaya.
Kejayaan menumpaskan Singapura ini memastikan tambahan mata ranking sebanyak +3.86 berhasil menjadi milik Malaysia sekali gus mengumpul 1,142 jumlah keseluruhan mata ranking FIFA.
Malah, kedudukan Malaysia kini melonjak dua anak tangga ke ranking ke-123 dunia buat seketika berdasarkan masa-nyata dan berpotensi berubah mengikut keputusan perlawanan lain yang berlangsung.
Skuad negara selepas ini akan memberikan tumpuan kepada aksi persahabatan kedua menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin, 8 Disember 2025 dengan misi mencatat kemenangan.