SUKAN
Malaysia perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama acara sukan bertaraf dunia
Ketua Pasukan Uzbekistan, Shomurodov Eldor (tengah) diasak pemain Uruguay, Nicolas Marichal Perez (kanan) pada perlawanan Bola Sepak Stars of Uruguay, Global Friendly In Malaysia di Stadium Hang Jebat, Krubong pada Selasa. - Gambar Bernama
MELAKA: Malaysia memperkukuh kedudukan sebagai destinasi utama bagi penganjuran acara sukan antarabangsa di rantau ini menerusi aksi bola sepak bertaraf dunia Stars of Uruguay 2025 - Global Football Friendly in Malaysia yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Selasa malam.
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan memaklumkan, perlawanan persahabatan itu telah berjaya menarik perhatian peminat bola sepak tempatan dan antarabangsa.
"Acara berprestij anjuran Cohesion Prima dan CRIC Global dengan sokongan MOTAC ini bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dan turut mendapat kerjasama kerajaan Melaka, yang sedang melaksanakan kempen Tahun Melawat Melaka 2024-2026.
"Kehadiran para penonton di Stadium Hang Jebat telah memberikan impak positif kepada sektor pelancongan domestik, khususnya di Melaka melalui peningkatan tempahan penginapan, aktiviti rekreasi serta perbelanjaan pelancong," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kejayaan penganjuran acara itu membuktikan kemampuan Malaysia sebagai tuan rumah yang berwibawa untuk acara sukan berskala antarabangsa.
"Penganjuran acara seperti ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuh segmen pelancongan sukan dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia menjelang VM2026.
"Ia juga seiring dengan prinsip Malaysia MADANI yang menekankan aspek kemampanan, kemajuan dan keterangkuman dalam pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata, kehadiran pemain bertaraf dunia dalam perlawanan itu turut menyerikan lagi suasana dan mengangkat imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang dinamik, berdaya saing serta kaya dengan pengalaman berimpak tinggi bagi pelancong antarabangsa.
Dalam perlawanan persahabatan malam tadi, Uruguay terus membuktikan keunggulan mereka apabila mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Uzbekistan 2-1.
Terdahulu, dalam perlawanan persahabatan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat lepas, Uruguay menundukkan Republik Dominica 1-0.
-- BERNAMA