SUKAN

Malaysia pungut tiga emas dalam Kejohanan Wushu Dunia

Astro Arena 06/09/2025 | 06:46 MYT
Kem wushu Malaysia memperoleh tambahan dua pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Wushu Dunia ke-17 di Brasilia, Brazil, semalam. - Foto FB Wushu Federation of Malaysia
KEM wushu Malaysia memperoleh tambahan dua pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Wushu Dunia ke-17 di Brasilia, Brazil, semalam.

Tan Cheong Min terus mencipta sensasi merangkul pingat pertama negara dengan memenangi acara nangun wanita dengan 9.746 mata.



Si Shin Peng menghadiahkan emas kedua dalam acara jianshu lelaki dan emas ketiga negara setakat kejohanan itu berlangsung. - Stadium Astro



#kem wushu Malaysia #tambahan dua pingat emas #Tan Cheong Min #Brazil