Skuad pencak silat negara menutup musim 2019 dengan catatan cemerlang selepas merangkul empat pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa pada edisi kelima Kejuaraan Pencak Silat Asia yang berakhir di Yanji, China, hari ini.
Tiga emas berkenaan hadir dalam acara silat tanding menerusi Mohamad Hazim Amzad dalam kelas Putera C (55-60kg), Mohd Al Jufferi Jamari (Putera E-65-70 kg) dan Muhammad Robial Sobri (Putera I-85-90 kg), serta gandingan Nor Hamizah Abu Hassan dan Nur Syazreen Abdul Malek dalam acara silat seni Ganda Puteri.
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang dihubungi Bernama, berbangga dengan kejayaan tersebut memandangkan skuad silat kebangsaan terpaksa bertarung di bawah cuaca sejuk yang mencecah 15 darjah celcius.
"Kejayaan ini merupakan satu perkara yang boleh dibanggakan kerana daripada 10 pesilat negara yang mara ke final, empat pesilat berjaya meraih emas, namun saya menasihatkan pesilat negara supaya tidak leka dengan kejayaan ini kerana banyak kelemahan yang perlu diperbaiki bagi menghadapi beberapa kejohanan pada tahun depan," katanya.
Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain berbangga dengan semangat luar biasa yang dipamerkan beberapa pesilat negara, termasuk Mohamad Hazim yang berjaya menewaskan beberapa lawan yang lebih berpengalaman daripada Vietnam dan Thailand, selain bekas juara dunia, Mohd Al-Jufferi yang sentiasa mempamerkan aksi konsisten pada saingan antarabangsa.
"Saya turut berbangga dengan persembahan cemerlang Muhammad Robial yang berjaya menundukkan pesilat berpengalaman daripada Singapura, Sheik Ferdous Sheik Alauddin pada kejohanan kali ini, dan saya berasa seronok apabila melihat prestasi konsisten pesilat kita," katanya.
Katanya pesilat negara akan meneruskan latihan seperti biasa selepas ini bagi menghadapi tiga kejohanan antarabangsa, iaitu Kejohanan Pencak Silat Terbuka Uzbekistan di Tashkent pada Januari, Kejohanan Empat Negara di Kuala Lumpur pada Februari dan Kejohanan Pencak Silat Terbuka Belgium pada Mac.
Selain empat emas berkenaan, Malaysia turut meraih lapan perak menerusi Muhammad Khairi Adib Azhar dalam kelas Putera A (45-50 kg), Zulfazly Zulfakar (Putera D - 60-65 kg), Mohd Fauzi Khalid (Putera F-70-75kg), Nor Farah Mazlan (Puteri A- 45-50 kg).
Pingat perak lain hadir menerusi Nur Syazerra Hidayah Idris (Puteri B- 50-55kg), Siti Shazwana Ajak (Puteri D- 60-65kg), Siti Rahmah Mohamed Nasir (Puteri E- 65-70kg) dan Luqman Laji dalam acara silat seni Tunggal Putera.
Lapan gangsa pula disumbangkan oleh Mohd Amir Izzat Khalid dalam kelas Putera G- 75-80kg), Mahadi Che Mohd Nor (Putera H- 80-85kg), Norfadilah Mohd Zaini (Puteri F-70-75kg), Ester Tera Empi (Bebas Puteri- lebih 75kg).
Pingat gangsa lain diraih oleh gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga dalam acara silat seni Ganda Putera), Muhammad Syafiq Ibrahim, Mohd Juned Abdullah dan Nashrul Edzam Mohd Asri (Regu Putera), Nur Syafiqah Hamzah (Tunggal Puteri) dan gandingan Siti Nur Khairunnisa, Nur Fadhilah Wani dan Fatin Ardani dalam kategori Regu Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 29 2019
Skuad pencak silat negara menutup musim 2019 dengan catatan cemerlang apabila merangkul empat pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa dalam Kejohanan Pencak Silat Asia di Yanji, China yang berakhir hari ini. - Stadium Astro
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Malaysia raih empat emas Kejuaraan Pencak Silat Asia di China
Skuad pencak silat negara menutup musim 2019 dengan catatan cemerlang selepas merangkul empat pingat emas, lapan perak dan lapan gangsa pada edisi kelima Kejuaraan Pencak Silat Asia yang berakhir di Y