SUKAN
Malaysia rangkul dua kejuaraan di Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia 2025
Kiri, pasangan Ziheng-Noraqilah Maisarah dan kanan, Zi Yu-Dania Sofea. - Facebook Persatuan Badminton Perlis
KUALA LUMPUR: Malaysia menutup tirai saingan Kejohanan Badminton Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia 2025 dengan bergaya apabila merangkul dua gelaran pada aksi final yang berlangsung di Dewan Wawasan, Kangar, Perlis, semalam.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan memaklumkan kejayaan pertama negara hadir menerusi beregu campuran Loh Ziheng dan Noraqilah Maisarah Ramdan, sebelum pasangan beregu wanita, Low Zi Yu dan Dania Sofea Zaidi menambah satu lagi gelaran buat skuad muda negara.
Dalam aksi final beregu campuran sesama wakil negara, pasangan pilihan kedua Ziheng-Noraqilah Maisarah mempamerkan permainan matang dan tenang biarpun tewas set pertama 20-22 kepada gandingan Datu Anif Isaac Datu Asrah-Dania Sofea.
Namun, mereka bangkit dengan aksi bertenaga untuk memenangi dua set berikutnya 21-15, 21-12 sekali gus menamatkan perlawanan yang berlangsung selama 54 minit dengan kemenangan.
Sementara itu, dalam final beregu wanita, Zi Yu-Dania Sofea tidak berdepan masalah untuk menundukkan pasangan adik-beradik dari Thailand, Khanaphon dan Thanaphon Deearom dengan kemenangan straight set 21-11, 21-19 dalam masa 36 minit.
Bagaimanapun, impian Ziheng untuk menambah satu lagi kejuaraan tidak kesampaian apabila bergandingan bersama Tan Zhi Yang dalam final beregu lelaki.
Mereka terpaksa akur tewas tipis di tangan pasangan Indonesia Alexius Ongkytama Subagio-Aquino Evano Keneddy Tangka dengan keputusan 21-18, 19-21, 20-22.
Dalam acara perseorangan lelaki, pilihan utama dari Hong Kong Lam Ka To menepati ramalan apabila mudah menundukkan pemain Indonesia Radithya Bayu Wardhana 21-8, 21-9 untuk merangkul gelaran.
Perseorangan wanita pula menyaksikan pilihan pertama dari Thailand Tonrug Saeheng meraih kejuaraan selepas mengatasi cabaran hebat pemain bukan pilihan dari Hong Kong Ip Sum Yau dalam pertarungan tiga set, 21-18, 15-21, 21-17.
-- BERNAMA

#Cabaran Antarabangsa Remaja Malaysia 2025
#badminton
#Loh Ziheng-Noraqilah Maisarah Ramdan
#Low Zi Yu-Dania Sofea Zaidi