KUALA LUMPUR: Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MyArms) menyasarkan 10 pingat emas pada Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023 yang dijadual berlangsung di Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil di sini bermula Rabu hingga Sabtu ini.
Presidennya, Mohd Zil Fadli Abd Halim, berkata seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.
Katanya, lebih 500 peserta dari 30 negara akan menyertai kejohanan itu.
Selain Joffey, katanya, skuad negara turut dibarisi naib juara dunia, Safuan Asif dan juara remaja Asia 2022, Iryan Syauqi Azhar.
"Walaupun cabaran sengit daripada pelbagai negara hebat tapi kita ada kelebihan beraksi di laman sendiri dan penyokong tempatan," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa, Anders Axklo, di sini, pada Isnin.
Zil berkata kejohanan tersebut akan dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, Khamis ini.
Sebelum ini, Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan dunia itu pada 2015 di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Zil berkata MyArms edang berusaha membuat permohonan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), dan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk memasukkan sukan gusti lengan sebagai acara sukan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun depan.
"Kalau tak sempat tahun depan, kita akan berusaha pada temasya SUKMA seterusnya," katanya.
Katanya, negara perlu memanfaatkan kelebihan peserta sukan gusti lengan negara yang mempunyai bakat besar dan mampu menyumbang pingat terbesar buat negara pada temasya antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Mohd Zil (dua, kiri) menunjukkan aksi gusti lengan dengan atlet gusti lengan kebangsaan, Chia Jun Kit, di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya, 15 Ogos 2019. - Gambar fail/BERNAMA

Lelaki warga Indonesia maut dipercayai dibaham harimau
Seorang pekerja ladang getah warga Indonesia ditemukan maut dipercayai dibaham harimau di kawasan ladang getah Kampung Kuala Tol.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerajaan beri keutamaan selesai isu perumahan generasi kedua dan ketiga FELDA - PM
Kerajaan akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan masalah perumahan yang membelenggu generasi kedua dan ketiga FELDA.

Ahli Parlimen perlu kurangkan politik parti, tingkat kualiti perbahasan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mahu Ahli Parlimen mengurangkan politik kepartian dan meningkatkan kualiti perbahasan pada sesi akan datang.

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.