awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sasar lima teratas Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2013
11:30 MYT
Malaysia sasar lima teratas Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013
Malaysia mensasarkan kedudukan lima teratas di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2013 yang bakal berlangsung di India hujung tahun ini.
Menurut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah skuad kebangsaan perlu bersaing dengan pasukan luar kerana keadaan mereka yang lebih tangkas di padang.
Namun, baginda berharap kedudukan terbaik di Asia membolehkan pasukan malaysia menggunakan segala kemampuan mereka bagi menamatkan saingan dalam kelompok dua teratas peringkat kumpulan dan seterusnya berada dalam kedudukan lima terbaik.
Sementara itu, baginda turut mahu satu kejohanan hoki diadakan yang disertai oleh kaum Cina dan India di negara ini.
Usaha itu bagi membolehkan pemain hoki dipilih dari pelbagai kaum untuk mewakili pasukan kebangsaan.
Baginda berharap ada persatuan atau mana-mana pihak dari kaum Cina dan India bekerjasama bagi menganjurkan perlawanan tersebut.
Tambahnya lagi, hoki di Malaysia lebih dipelopori oleh orang Melayu dan diharap dengan adanya kejohanan antara kaum ini dapat membantu melahirkan pemain yang berkualiti dari dua lagi kaum majoriti di negara ini.
Klik pada video untuk berita sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#India
#Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan