awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tambah dua emas hari terakhir kejuaraan silat dunia

Bernama
Bernama
16/12/2018
21:00 MYT
Malaysia tambah dua emas hari terakhir kejuaraan silat dunia
Juara dunia, Siti Rahmah Mohamed Nasir menepati ramalan apabila mengekalkan pingat emas dalam kelas Puteri E (51-54 kg). - Foto Twitter - @AtletMalaysia
Skuad silat negara menampilkan aksi cemerlang apabila menambah dua lagi pingat emas pada hari terakhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-18 di Arena OCBC, Singapura, pada Ahad.
Tambahan dua emas itu menyaksikan Malaysia mengumpul keseluruhan tiga emas setelah gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga meraih pingat emas dalam acara silat seni regu putra pada hari pertama pertandingan, Khamis lepas.
gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga meraih pingat emas dalam acara silat seni regu putra. - Foto Bernama
Pada hari pertama gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga meraih pingat emas dalam acara silat seni regu putra. - Foto Bernama
Pada aksi Ahad, juara dunia, Siti Rahmah Mohamed Nasir menepati ramalan apabila mengekalkan pingat emas dalam kelas Puteri E (51-54 kg) selepas mengalahkan Rizka Andini dari Indonesia 5-0, demikian menurut laman sesawang kejohanan; www.wpsc2018.com.
Pingat emas tersebut adalah keempat untuk anak jati Terengganu itu yang pernah meraih pingat emas pada tiga edisi terdahulu - 2012, 2015 dan 2016.
Terdahulu, Mohamad Hazmi Amzad mencipta kejutan selepas memenangi pingat emas kelas Putera C (45-48kg) dengan mengalahkan pesilat Thailand, Adilan Chemaeng 4-1 pada aksi pertarungan akhir.
Dalam pada itu, hasrat seorang lagi wakil negara, Nor Farah Mazlan untuk meraih pingat emas tidak kesampaian setelah tewas 2-3 kepada pesilat Indonesia, Suci Wulandari pada aksi final kelas Puteri A (39-42kg).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejuaraan Pencak Silat Dunia
#Malaysia
#mohd taqiyuddin hamid
#Sazzlan Yuga
#silat
#Siti Rahmah Mohamed Nasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan