awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tambah dua pingat emas pada Kejohanan Silat Remaja Dunia

Bernama
Bernama
29/12/2015
23:52 MYT
Malaysia tambah dua pingat emas pada Kejohanan Silat Remaja Dunia
Pesilat negara, Nashrul Edzam Mohd Asri menunjukkan silatnya dalam kategori lelaki saingan akhir Kejohanan Silat Remaja Dunia di Stadium Tertutup Titiwangsa, Selasa. Nashrul Edzam memenangi pingat emas mengumpul markah 459 mata. - Foto BERNAMA
Skuad pencak silat remaja negara terus mempamerkan aksi cemerlang apabila menambah dua lagi pingat emas pada edisi ketiga Kejohanan Silat Remaja Dunia 2015 di Stadium Titiwangsa di sini, pada Selasa.
Nashrul Edzam Mohd Asri menghadiahkan pingat emas keempat untuk Malaysia selepas mengungguli acara silat seni tunggal Putera dengan mencatat 459 mata.
Pingat perak dan gangsa masing-masing dimenangi oleh pesilat Singapura, Nujaid Hasif Zainal Abidin dan pesilat Vietnam, Ngo Van Nuynh selepas mencatat 453 dan 443 mata.
Pingat kelima Malaysia disumbangkan oleh Nur Fatihah Zainuddin dalam acara silat seni tunggal Puteri selepas mengumpul 445 mata.
Ketinggalan satu mata di belakang Nur Fatihah ialah pesilat Indonesia, Dwi Jayanti untuk meraih pingat perak manakala pesilat Singapura, Nurzianah Mohammad Yazid sekadar membawa pulang pingat gangsa dengan kutipan 442 mata.
Malaysia telah memenangi tiga pingat emas pada kejohanan itu dalam kategori Ganda Putera dan Puteri selain kategori silat seni berpasukan lelaki semalam.
Kejohanan itu disertai seramai 128 atlet, 44 pegawai dan jurulatih dari 12 negara iaitu Singapura, Australia, Azerbaijan, India, Jerman, Bangladesh, Rusia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand, Indonesia serta Malaysia selaku tuan rumah.
Topic Berkaitan
#fatihah zainuddin
#kejohanan silat remaja dunia
#ngo van nuynh
#nujaid hasif zainal abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan